otak kita sentiasa aktif |
بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
وبعد ،
Menjelang minggu
peperiksaan akhir sem ini (khususnya bagi pelajar Univ. Islam mEdinah), suka
saya bawakan untuk rakan² beberapa tips yang agak berguna pada kita untuk menguatkan daya otak kita antaranya :
1. Pastikan
otak kita sentiasa aktif
Otak
bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan
menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan
daya memori.
Tekanan yang
terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh
menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah
boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan
pemerhatian sesuatu.
3. Komitmen
Berikan
komitmen terhadap suatu tugasan dan yakinkan diri kita bahawa kita akan dapat
meningkatkan keupayaan memori otak ini. Jangan lemahkan diri kita dengan
berfikiran negatif dan merasakan kita tidak bagus dalam mengingati sesuatu.
4. Buat
senaman selalu
Senaman yang
dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah
yang baik.
5. Makan
makanan yang bagus dan sesuai
Makanan-makanan
untuk menambah memori seperti kismis dan kurma perlu diamalkan memakannya.
Kismis dan kurma juga merupakan antara makanan sunnah Nabi Muhammad S.a.w. Dan
tidak lupa juga banyak herba-herba yang bagus boleh kita amalkan. Dan elakkan
makanan yang dapat mengurangkan prestasi memori otak seperti kepala ikan, organ
dalaman binatang seperti hati, limpa dan seumpamanya. Dan pastikan tubuh kita
sihat dengan memakan makanan yang elok-elok kerana Nabi Muhammad bersabda yang
bermaksud “Perut adalah rumah kepada penyakit”. Otak yang sihat pada badan yang
sihat.
6. Cuba
latih memori dengan gambar
Ambil
sekeping gambar dan perhatikan sejenak. Kemudian tutup gambar tersebut dan cuba
ingat kembali apa kandungan dalam gambar tersebut. Latihkan sentiasa dengan
bermacam-macam gambar.
7. Ulang-ulangkan
apa-apa yang kita pelajari
Pengulangan
demi pengulangan boleh membantu perkara itu untuk masuk ke dalam memori jangka
panjang otak kita. “Practise makes perfect”.
8. Wujudkan
imej-imej yang jelas dalam otak kita
Kita akan
dapat mengingat sesuatu dengan lagi mudah jika sekiranya kita dapat
memvisualkannya dalam fikiran. Cuba bayangkan imej-imej yang mudah diingati,
yang agak luar biasa sedikit dan seumpamanya.
9. Kategorikan
apa-apa yang ingin anda ingatkan
Jika anda
mengkategorikannya maka ianya tidak akan berterabur atau berserabut. Jadikan
ianya sistematik , barulah proses mengingat akan jadi lebih mudah, insyaALLAH.
10. Selenggarakan
hidup anda
Kehidupan
kita juga mesti diselenggarakan dengan baik seperti letak barang-barang di
tempatnya selalu, jangan meletakkannya merata-rata atau sekejap di situ sekejap
di sini. Ini akan menyebabkan otak anda bercelaru untuk mengingatinya apabila
anda terdesak berkehendakkannya. Kemudian catat mana-mana perlu dan lakukan
segalanya dengan bersistematik setakat yang anda mampu.
11. Cuba
amalkan meditasi
Kajian telah
menunjukkan bahawa mereka yang selalu mengamalkan meditasi (tafakkur) berupaya
untuk fokus dengan baik dan mempunyai memori yang lebih bagus.
12. Tidur
yang elok dan cukup
Dapatkan
tidur malam yang selesa dan cukup iaitu sekurangnya 7 jam.
13. Berikan
masa untuk anda membentuk memori
Tidak perlu
tergopoh-gopoh untuk meningkatkan keupayaan memori kita. Amalkan tips-tips
untuk meningkat upaya memori dengan beransur-ansur. Bagi masa kepada otak anda
agar dapat membiasakan diri dengannya.
14. Belajar
dari kesilapan
Cuba lah
ingati apa-apa sebagai latihan dan tidak mengapa jika salah atau tersalah. Anda
boleh belajar dari kesilapan tersebut dan biasanya kita akan ingat peristiwa di
mana kita melakukan kesilapan.
15. Berdoa
dan bertawakkal pada Allah
Doa adalah
senjata mukmin dan tawakkal hanya pada Allah agar mengurniakan kita otak yang
sihat dan bagus. Wallahu a’lam
الفقير إلى الله :
فائز رمزي