............sambungan
MINGGU KEEMPAT
Hari
ke 22 aq dalam tahanan, datang seorang `askar yang bertugas pada hari tu masuk
ke bilik no.3, tempat aq dan lelain tahanan diletakkan.. Dia memanggil seorang penama
dari Rusia.. dua hari sebelum tu, dia memanggil seorang penama dari Canada.. aq
mula merasa pelik..! "ada jugak ke manusia dari dua Negara ni dimasukkan
ke sini?? tanya aq pada seorang kenalan yang agak rapat denganKu, `Abdul Kariem
dan Abu Fufu, dari Afghanistan.."
berniaga di luar mumkin HARAM, tapi di dalam?? |
Lalu mereka katakan padaKu,
"ya, ada..! tapi kebiasaannya
mereka, jika
ditangkap pun, hanya
sehari dua dibiarkan dalam tahanan.. Kadang-kadang hanya beberapa jam sahaja..! Kalau lebih, nanti Safaroh mereka
akan hubungi pihak Sa`udi dan bertanya kenapa, itu dan ini.." Wah! Satu kejutan
buatKu! selama ini aq hanya mendengar
kata-kata orang dan membuat andaian sendiri.. Hari tu membuatKu terfikir yang Sa`udi ini benar-benar berada di
BAWAH TELAPAK KAKI Kuffar Yahud La`natuLLAH `Alaihim wa man ma`ahum ( La`nat ALLAH
`Azza wajall keatas orang Yahud Ingkar dan Sapa saja yang bersekutu dengan mereka )..!
kenapa mereka itu TAK dibiarkan sama
seperti aq dan lelain tahanan yang berhari lamanya..?? Apa beza kesalahan mereka dengan aq dan lelain tahanan
tu..?? hehhh! TIDAKkah kalian wahai Pemerintah mahupun Penguatkuasa pernah teringat
akan firman ALLAH `Azza Wajall:
Maksudnya: ..“Wahai Nabi ALLAH Dawood `a.s, sesungguhnya
Kami telah menjadikanmu
khalifah di atas muka bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan hukum
syari`at yang benar sepertimana yang telah diwahyukan kepadamu dan janganlah engkau menurut
hawa nafsumu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH `Azza wajall..
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan ALLAH `Azza wajall itu akan beroleh `azab yang berat
pada hari hitungan
`amal disebabkan mereka melupakan jalan syari`at yang dah ALLAH turunkan itu..”
- Saad: 26
Hari
ke23, lepas waktu zohor dihantar makanan tengahari.. Seorang `askar yang agak
bengis bertempik menyuruh tahanan duduk lima orang satu talam.. Hampir dua
tahun aq sertai `Askar Sukarelawan WATANIAH, belum pernah Tuan, Sarjen atau
Koperal memanggil kami Prebet ni dengan panggilan 'hayawan, humar, kalb, bagar
( binatang, kaldai, anjing, lembu ).. Pertama kali aq dengarnya sendiri dari
Mulut seorang `askar Sa`udi.. Kau nak suruh tahanan duduk setalam lima orang je
pun.. Bukan takleyh cakap leklok.. Pesal nak panggil orang camtu pulak..
Malamnya,
dia juga yang mengawal.. Dia inginkan seorang tahanan dari Bangladesh untuk
buat urusan 'tarhil'.. Habis sume orang Bangladesh dia suh kumpul setempat..
Padahal nak sorang ja.. Uhm.. Sah memang `askar ni, dia tu sendiri seperti apa
yang dia kata.. Dia kata tahanan hayawan, upenya dia sendiri hayawan.. haha
bukan takleyh panggil.. Nak sorang je.. Pesal kumpul sume lak.. Aiyyak!
Hari
ke24, Hari Tarwiyyah.. Besoknya Wuquf di `Arofah.. Lusa raye Adha..
الرزق يأتى ولو كان على جبهة أسد!
Maksudnya:
Rezqi tu kalau dah haq kita tetap akan datang hampiri kita dan menjadi
milik kita sekalipun ia sedang berada di atas dahi seekor singa!
Mumkin
bukan rezQi aq untuk tunaikan haji tahun ni.. kata orang, hanya tinggal selangkah
nak ke Makkah.. Kalau dah bukan rezqi, tak payah cakap banyak! Memang ALLAH dah
tak beri untuk kita.. Redho la.. Mudah-mudahan ada rezqi yang lebih baik ALLAH
nak berikan, insyaALLAH..
seludup rokok! |
Hari
ke25, ditambah lagi tahanan di bilik no.3.. sorang laki Afghanistan
memanggil aq.. Muhd. Sharif namanya.. Hampir 30tahun menetap di Sa`udi..
Ditangkap atas kesalahan, berdiri menunggu kawan di Madinatul Hujjaj, Medinah (
tempat ketibaan Jema`ah Haji di Medinah ) sambil memegang 'simcard zain' dengan
kadar yang agak banyak, lalu dicekup Baladiyyah atas tuduhan menjual kepada
orang ramai sedangkan dia tak menjualnya pun.. Hanya pegang, katanya.. Sungguh
aq dizalimi.. Iqomah semua aq ada..
selesai
solah `isya, dia memberitahu aq bahawa ada kenalannya di Jame`ah Islamiyyah,
tempat aq belajar.. Syeh Abu Ghozi `Abid, bahagian Istiqbal (penyambut pelajar
baru).. Dia menghubungi Syeh itu supaya membantu aq dibebaskan.. Setelah
dihubungi, syeh Abu Ghozi meminta kami menunggu besok.. Katanya urusan itu
perlu Mandub Pelajar yang uruskan dan dia akan hubungi rakannya yang punya kad
Mandub..
Besoknya
kami sekali lagi hubungi syeh Abu Ghozi tapi malangnya, dia mengatakan bahawa
rakannya semua balik kampung sebab cuti Haji.. Tunggu selepas Haji..
Alhamdulillah,
berpuasa Hari `Arofah dalam tahanan.. BismiLLAHi MasyaALLAH, iftor dengan nasik
minyak..
Beberapa
hari sebelum tu iftor dengan masakan Afghanistan.. keluarga `ammu Shariff
dating hantar.. ALLAHu ALLAH.. besar sungguh pahalanya.. sengaja menelefon
orang di luar supaya hantar makanan untuk dia lunch dan untuk aq iftor..
rokok! di luar SAR5-8.. di dalam tahanan, SAR30 dengan izin `askar dan mereka disuap siket! kah3 |
MINGGU KETUJUH
Hari
ke44 aq diziarahi Timb.YDP PERSADA, Saudara Hanif dan seorang senior Saudara
Aizat.. Mereka memberitahu aq yang mereka akan pergi ke pejabat Amir dan 'follow
up' hari sabtu ni..
Hari
ke47 aq ditahanan.. Cukup 10hari menunggu seperti yang dijanjikan Amir
Medinah.. Khabarnya, Timbalan YDP PERSADA, saudara Hanif pergi menunggu di
depan pejabat Amir hari tu.. Tapi malangnya Amir mengatakan 10hari waktu bekerja..
Jadi aq kena tunggu lagi 4hari seperti apa yang dijanjikan Amir.. ALLAHu
Akbar..
Hari
ke49, aq diziarahi lagi Saudara Hanif, Timbalan YDP PERSADA dan Saudara
Firdaus, YDP PERSADA.. Mereka datang berbual dan memberi berita gembira pada
kami yang Amir akan memberi jawaban Hari Rabu, insyaALLAH.. Mereka meminta aq
agar bersabar untuk sedikit masa lagi..
MINGGU KELAPAN
Hari
ke50, setengah jam sebelum zohor, sekali lagi aq diziarahi tiga orang dari
Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah ( Dua orang yang pernah melawatku sebelum ni
& sorang lagi En.Khalid, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah) dan dua
orang senior ( saudara `Ashiq dan `Aizat ).. BUSYRA ( berita gembira ),
insyaALLAH!
En.Khalid
memberitahu, kami Pihak Konsulat sememangnya mengikuti perkembangan
kamu.. Bukan kami berdiam.. Kami usaha supaya kamu tidak di'tarhil'kan kerana
ikutkan arahan dari Amir sendiri, kamu bertiga akan di'tarhil'.. Atas usaha
dari Pihak Jame`ah dan Konsulat sendiri, kami meminta agar Pihak Amir
mengeluarkan kamu dan sambung belajar di Jame`ah kerana hubungan Diblomasi kita
dengan Pihak Sa`udi juga agak erat.. Dan Amir sendiri mengatakan, kalau dia nak
keluarkan kamu bertiga dari tahanan secepat mumkin memang boleh.. Tapi Amir
sengaja nak mengurung kamu hampir sebulan supaya kamu mengambil `ibroh (
pengajaran ) dari apa yang berlaku dan tak akan mengulanginya lagi.. Kamu juga
kena ingat yang kamu ada ta`ahud ( aku janji ) masa mula-mula kamu masuk dulu
menyatakan yang pelajar TIDAK BOLEH membuat sebarang urusan pekerjaan.. Kami
harap kamu tak ulanginya lagi dan kamu kena ingat, kali kedua kalau kamu
tertangkap, Pihak Sa`udi akan terus menghantar kamu pulang ke Malaysia..
Kemudiannya
Mereka menuju ke Pejabat Amir.. Saudara `Aizat memberitahu aq yang mereka
menunggu di Pejabat Amir hampir dua jam barulah mendapat jawaban darinya..
Selesai
Solah `asar, aq dihubungi seorang senior, Saudara `Aizat.. BUSYRA!
Alhamdulillah, dengan nada gembira dia meminta aq untuk sujud syukur kerana
jawaban keluar dari tahanan dah diterima dari Amir Medinah siang tadi selepas
solah `asar.. Dan insyaALLAH hari ni korang bertiga akan dibebaskan..
Setengah
jam nak masuk waktu Maghrib, aq hanya menanti kedatangan mereka.. Selesai
mengimami solah maghrib, aq menanti dan terus menanti.. Alhamdulillah,
akhirnya, usai mengimami solah `isya, namaku dipanggil `askar yang
bertugas, `Asim `Uwaidh namanya.. Pintu bilik tahanan terbuka luas
untukKu.. ALLAHu Akbar! Akhirnya aq bebas melihat dunia luar.. Tidak lagi hanya
melihat dunia yang berdinding dan berbumbungkan simen.. hehe Teman-teman ku yg
lain dalam tahanan agak bersedih dan terkejut dengan pemergianKu kerana mereka
kehilangan seorang Mutawwi`.. hehe Mereka juga mengingatkan aq agar
mendo`akan mereka segera dibebaskan, insyaALLAH..
Sujud
Syukur ku padaMU ya ALLAH..
Mudah-mudahan
hari yang aq lalui di dalam tahanan hanyalah sebagai Ujian dan Penghapus dosa
buat diriku yang kerdil lagi hina ini, insyaALLAH..
menu istimewa menanti.. hehe nyum3! |
w`alam..
sahabat
lain yang mumkin sama seperti aq: http://weekly.ahram.org.eg/2011/1074/re3.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan