PERHIASAN
Apa hukum berhias atau memakai perhiasan..??
Islam tidak melarang umatnya untuk berhias atau memakai perhiasan asalkan tidak melanggari batasan yang ditetapkan dan kena pada tempatnya.. Menurut 'ulama, hukum asal perhiasan adalah halal dan harus sama ada pada badan, pakaian atau tempat tinggal..
Keharusan Ini berdasarkan penjelasan ALLAH 'Azza wajall dalam ayat berikut:
يَابَنِي ءَادَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ، قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
....”Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap kali kamu hendak ke masjid menunaikan 'ibadah padaKU(ALLAH) serta makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang² yang berlebih-lebihan.. Katakanlah(wahai MUHAMMAD): “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari ALLAH yang telah dikeluarkanNYA untuk hamba²NYA dan siapa pula kah yang mengharamkan rezki yang baik??” Katakanlah(wahai MUHAMMAD): “Semuanya itu disediakan bagi orang² yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus untuk mereka saja di hari Qiyamah.. Demikianlah Kami menjelaskan ayat² itu bagi orang² yang mengetahui...”
- Al A’raf: 31,32 -
Namun demikian, keharusan tersebut dikecualikan darinya beberapa jenis perhiasan tertentu yang dilarang oleh Syara' kerana hikmah² tertentu..
Apakah jenis² perhiasan yang dilarang di dalam Islam itu..??
Antaranya..:
1. Emas dan sutera bagi kaum lelaki
Telah Diharamkan ke atas orang lelaki memakai perhiasan emas dan sutera kerana ia dikhususkan bagi kaum perempuan sahaja..
sabda Rasulullah SAW:
حرَّمَ لباسُ الحريرِ والذَّهبُ على ذُكورِ أمَّتي وأحلَّ لأناثهِم
...“Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki² ummahKU dan dihalalkan bagi wanita² mereka...”
- Riwayah Imam Tirmizi dari Abi Musa al-Asy’ari r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini hasan soheh -
Baginda SAW bersabda lagi:
من لبس الحرير في الدنيا لم يلبسه في الآخرة
...“Sesiapa memakai sutera di dunia, ia tidak akan dapat memakainya lagi di akhirat....”
- Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abi Umamah r.a. -
Selain memakai sutera, diharamkan juga ke atas kita duduk di atas hamparan yang diperbuat dari sutera..
2. Perkakas dari emas dan perak
Diharamkan menggunakan emas dan perak selain untuk perhiasan diri dan juga sebagai mata wang.. Oleh itu, tidak harus menjadikan emas dan perak sebagai perkakas makan dan minum (pinggan, cawan, mangkuk dan sebagainya), alat-alat tulis (pen dan sebagainya), bekas celak, hiasan rumah, majlis², masjid atau surau, kedai dan sebagainya.. Sebagaimana diharamkan mengguna, begitu juga haram menyimpannya..
sabda Nabi SAW:
لاَ تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ، وَلاَ تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا
...“Janganlah kamu minum di dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan di dalam talam dari keduanya kerana ia adalah untuk mereka (orang² kafir) di dunia....”
- Riwayat Imam Muslim dari Huzaifah r.a. -
3. Merubah kejadian ALLAH 'Azza wajall
Syari’at Islam mengharamkan seorang Muslim samaada lelaki atau wanita berhias dan bersolek hingga ke tahap mengubah kejadian ALLAH Ta'ala yang DIA jadikan pada diri kita tanpa ada keperluan yang mendesak..
Pengharaman ini dapat difahami dari larangan Nabi SAW terhadap perbuatan menyambung rambut, bertatu, mencabut bulu kening dan menjarangkan gigi..
Sabda Baginda:
لعنَ اللهُ الواصلةَ والمُستوصلةَ والواشمةَ والمُستوشمةَ
...“ALLAH mela'nat orang yang menyambung rambutnya, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang melakukan tatu dan orang yang minta dilakukan tatu kepadanya...”
- Riwayah Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Abdullah bin Umar r.a. -
Sabda Baginda:
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
....“Allah mela'nat perempuan² yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan² yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan² yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan² yang merubah ciptaan ALLAH 'Azza wajall....”
- Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a. -
4. Lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya
Dilarang sama sekali lelaki meniru gaya kaum wanita dan wanita meniru gaya kaum lelaki samaada pada pakaian, perhiasan, gaya berjalan, bercakap dan sebagainya..
Larangan ini berdasarkan hadis Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan:
لعن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
...“Rasulullah SAW telah mela'nat lelaki² yang meniru perempuan dan wanita² yang meniru lelaki....”
- Riwayah Imam Bukhari -
Menurut 'ulama, perbuatan tersebut tergolong dalam dosa² besar kerana terdapat la'nat ALLAH 'Azza wajall dan Rasulullah ke atas mereka yang melakukannya..
Contoh perbuatan meniru wanita ialah seperti lelaki memakai rantai, anting² dan gelang, berinai, memakai emas dan sutera, memakai pakaian menyerupai wanita, melembutkan suara dan cara berjalan dan sebagainya lagi dari perlakuan atau gaya yang selalunya ada pada wanita sahaja..
Contoh meniru lelaki pula ialah seperti memakai pakaian lelaki, berjalan dan bercakap dengan gaya lelaki dengan perbuatan yang dibuat-buat, mencukur rambut, memakai lilitan kepala yang menyerupai serban dan sebagainya yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja..
Ada bertanya, "Adakah larangan penyerupaan itu merangkumi juga kanak² ..??"
Jawabannya:
Ya..! Dilarang ibu-bapa atau penjaga memakaikan kepada anak lelaki mereka pakaian atau perhiasan yang biasanya dipakaikan untuk anak perempuan dan begitu juga diharamkan memakaikan kepada anak perempuan pakaian untuk lelaki..
Diceritakan bahawa suatu hari Saiyyidina 'Umar r.a. melihat anak lelaki Zubair dipakaikan kepadanya pakaian dari sutera.. Lalu 'Umar mengoyaknya dan berkata:
.... “Janganlah kamu memakaikan kepadanya pakaian dari sutera...”
Begitu juga, Ibnu Mas’ud pernah mengoyak pakaian sutera yang dipakaikan kepada anak lelakinya..
5. Dilarang bertabarruj
Apakah yang dikatakan dengan tabarruj..?? Tabarruj, iaitu wanita berhias secara berlebih-lebihan untuk lelaki² ajnabi ( lelaki² yang haram ia mendedahkan 'aurohnya kepada mereka)..
Larangan tabarruj terkandung di dalam ayat 32 dari surah an-Nur tadi dan juga larangan ALLAH Ta'ala berkenaan tabarruj terdapat dalam firmanNYA:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
...“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj iaitu berhias dan bertingkah-laku seperti orang² Jahiliyah yang dahulu ….”
- al Ahzab: 33 -
Apakah yang dimaksudkan dengan tabarruj..?? Dan apakah yang termasuk dalam kategori tabarruj..??
Tabarruj dari segi bahasa bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata..
Imam Zamakhsyari berkata, hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan.. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka..
Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan..
Secara 'amnya, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah:
1. Mendedahkan 'auroh yang sepatutnya ditutup..
2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahaja..
3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh mengghairahkan lelaki..
4. Bergaul bebas dengan para lelaki..
5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan² di leher, telinga dan sebagainya..
6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki, termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya..
6. Tiada israf dan ikhtiyal
Yang dikatakan israf dan ikhtiyal, iaitu berlebih-lebihan dan berbangga-bangga dengan pakaian dan perhiasan yang dia perkenakan..
Apa yang dikatakan berlebih-lebihan dan berbangga-bangga dengan pakaian dan perhiasan..??
Syarat umum dalam menikmati segala yang baik/halal yang dikurniakan Allah ada dua:
- Tidak ada israf (berlebih-lebihan hingga membazir) dan juga
- Tidak ada ikhtiyal (bermegah-megah atau berbangga-bangga)
Israf mermaksud melampaui batas dalam menikmati/menggunakan suatu yang halal atau harus.. Dalam memperkatakan tentang keharusan memakai perhiasan dalam ayat 31-32 dari surah al-A’raf tadi, Allah memperingatkan manusia agar jangan 'israf' iaitulah berlebihan.. FirmanNYA:
وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
....“dan janganlah berlebih-lebihan..! Sesungguhnya ALLAH 'Azza wajall tidak menyukai orang² yang berlebih-lebihan….”.
Adapun ikhtiyal iaitu bermegah-megah, maka ia berkait dengan niat dan hati iaitu memakai sesuatu untuk tujuan berbangga-bangga, menunkuk-nunjuk dan membesarkan di hadapan orang lain.. Firman ALLAH:
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
....“Dan ALLAH Ta'ala tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri....”
- al Hadid: 23 -
Sabda Rasulullah SAW:
ما أسفل من الكعبين فهو فى النار......
- رواه البخاري -
...." Setiap pakaian yang labuh dari paras buku lali, maka tempat mereka adalah dalam api neraka ALLAH Ta'ala(wal'iyazubillah)...."
- Riwayah Imam Bukhari -
Dalam hadis lainnya, Nabi SAW ada bersabda:
من جر ثوبه خيلاء لم ينظر الله إليه يوم القيامة
....“Sesiapa yang melabuhkan pakaian/kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya pada hari Qiyamah kelak....”
- MuttafaQ 'alaih -
Ini berma'na, budaya berpakaian orang 'arab dulu sampai sekarang adalah berjubah yang labuh²...jd org yg memakai pakaian tersebut dgn bertujuan untuk berbangga bahawa 'aku ada baju ni'.. 'baju ni cantik, aku pakai nak tunjuk kat orang' ..maka ia dah menjadi sombong dan riak.. masa di dunia kalau seseorang tu membuatkan orang lain pandang kepadanya, maka di akhirat ALLAH 'Azza wajall tak akan pandang kepadanya(wal'iyazubillah..!)
Untuk memastikan seorang muslim menjauhi setiap perkara yang dikhuatiri menimbul ikhtiyal, maka Rasulullah menegah pakaian asy-syuhrah ( pakaian kemasyhuran) yang sememangnya –jika dipakai - akan menimbulkan perasaan angkuh, bangga diri di hadapan orang lain dengan bentuk-bentuk lahiriyah yang kosong..
Persoalan...:
*Adakah lelaki juga diharuskan berhias..??
Ya, harus tetapi dengan tidak melanggari batasan yang ditetapkan Syarak di atas, iaitu:
1. Tidak menyerupai perempuan, cth: berinai
2. Bukan dengan material yang dilarang Syarak iaitu emas
dan sutera.
3. Tidak mengubah ciptaan Allah
4. Bukan dengan tujuan berbanga-bangga atau besar diri.
Contoh perhiasan yang diharuskan lelaki ialah memakai cincin perak yang bertatah batu-batu berharga (zamrud, delima, nilam dan sebagainya), memakai baju atau pakaian yang cantik-cantik, kasut dan sebagainya.
*Sejauhmanakah ke harusan bagi seorang wanita memperlihatkan perhiasan pada badannya..??
Perhiasan pada badan ada dua jenis;
1. Perhiasan yang berada pada bahagian yang bukan aurat (iaitu muka dan tangan) seperti celak, cincin, gelang tangan dan sebagainya.. Ia harus diperlihatkan. (*Tentunya tanpa solekan yang menimbulkan ghairah seorang lelaki sebagaimana dinyatakan tadi dalam huraian tentang tabarruj)..
2. Perhiasan yang berada di bahagian badan yang aurat iaitu di kepala, kaki, leher dan sebagainya seperti rantai, anting-anting, gelang kaki dan sebagainya.. Perhiasan ini haram diperlihatkan kecuali kepada suami dan mahram..
*Apa hukum berinai..??
Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya.. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya..
Menurut 'ulama, mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita² yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya.. Jika tanpa keizinan beliau (suami tidak menyukainya) tidaklah harus.. Bagi wanita yang belum berkahwin, hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan 'ulama kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah..
Namun ada juga ulamak yang berpendapat, diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam 'iddah.. Itu adalah hukum berinai secara umumnya..
Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jari), maka perbuatan itu menurut 'ulama, adalah makruh..
Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”:
....“Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna.. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi..
Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan² tersebut ke atas wanita bujang ( tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya....”
*Adakah harus lelaki berinai..??
Diharamkan ke atas lelaki mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita, yang ia dilaknat di dalam hadis Nabi SAW:
....“ALLAH mela'nat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki...”
- Riwayah Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a. -
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَّبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَالُ هَذَا فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ فَأَمَرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَقْتُلُهُ فَقَالَ إِنِّي نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ
Dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah dibawa kepadanya seorang pondan/banci yang mewarnai dua tangan dan kakinya dengan inai. Lalu Nabi bertanya; “Kenapa orang ini?”. Dikatakan kepada baginda; “Ya Rasulullah, ia ingin meniru kaum wanita”. Nabi lalu memerintahkan agar ia diusir ke wilayah Naqi’. Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, perlukan kami membunuhnya?”. Baginda menjawab; “Aku ditegah membunuh orang yang mengerjakan solat....”
- Riwayah Imam Abu Dawood -
Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan..
*wallahu a'alam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan