ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sabtu, 21 Mei 2011

Hari² Putih / " أيام البيض "

" أيام البيض "
Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih..?? Kenapa dinamakan hari-hari putih..??

Apakah yang dikatakan dengan " أيام البيض " ..??
" أيام البيض " ialah hari² putih di mana pada malamnya bulan mengambang penuh iaitu pada 13, 14, dan 15 haribulan kalendar Islam(hijriy)..
Pada hari-hari ini, kita disunatkan untuk berpuasa seperti yang telah disebutkan dalam beberapa hadis Baginda Nabi SAW:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ قَالَ هِيَ كَصُومُ الدَّهرِ

Maksudnya:
Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa dari tiap² bulan pada tiga hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan dan beliau bersabda: Ia adalah bagaikan puasa sepanjang tahun..
- Hadis Riwayah Imam An Nasaie , Ibn Hibban , Baihaqi dan Ahmad -


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: ....“Wahai Abu Zar! Jika engkau berpuasa tiga hari dari tiap² bulan(hijriy), maka berpuasalah pada 13, 14, dan 15....”
- Hadis Riwayah Imam an Nasaie dan Tirmiziy -

صِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صِيَامُ الدَّهْرِ وَأَيَّامُ الْبِيضِ صَبِيحَةَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya:
.... “Puasa 3 hari dari tiap² bulan ialah puasa sepanjang tahun dan hari-hari putih pada pagi 13, 14, dan 15....”
- Hadis Riwayah An-Nasaie , At-Thabrani , Baihaqi -

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.'a yang menceritakan; ...“Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari² putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa...”
- Riwayah Imam Abu Dawood -

Namun, dikecualikan berpuasa pada hari yang ke 13 Zulhijjah kerana ia adalah terdiri daripada hari² Tasyriq yang mana ia merupakan hari² diharamkan berpuasa...




*w'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails