PENDAHULUAN
Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Memandangkan zuhud ini penting dalam kehidupan Muslim maka tulisan yang ringkas ini Cuba memberi huraian terhadap perkara-perkara berikut; definisi zuhud, asas-asas idea serta tingkatan-tingkatan zuhud, petanda-petanda dan kepentingannya dalam kehidupan Muslim..

DEFINISI ZUHUD
Perkataan "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan "al-Zahidin" maksudnya 'orang yang tidak suka'. Demikian juga penggunaannya di dalam hadis-hadis Nabi SAW dengan ungkapan yang berbeza-beta tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.
Perkataan Zuhud dalam penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di atas. Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus, seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana menta'ati ALLAH SWT sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi dia mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya.
ASAS IDEA
Analisa tentang zuhud ini adalah berasaskan kepada al-QurAn dan as-Sunnah. Antara ayat-ayat yang berkaitan dengannya adalah sebagai berikut:
Terjemahan: Lalu mereka menjualnya dengan harga yang murah iaitu beberapa dirham yang dihitung kerana mereka adalah orang yang tidak suka kepadanya.
FirmanNYA lagi:
Terjemahan: Telah diperhiaskan manusia cinta kepada perkara perkara yang diingini iaitu perempuan -perempuan, anak-anak, emas dan perak yang berpikul pikul, kuda yang baik, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, yang demikian itu perhiasan hidup di dunia sedangkan dirinya di sisi ALLAH 'Azza wajall adalah tempat kembali yang baik.
Rasulullah SAW pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah:
Terjemahan: Zahidlah kamu di dunia nescaya ALLAH mencinitai kamu, dun zahidlah kamu dengan apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.

Cintakan Dunia Pembuka Kepada Pintu Kejahatan... Tapi Bukan Berma'na Kita Tinggalkan Terus Dunia |
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Terjemahan: Apabila ALLAH Ta'ala menghendaki seseorang itu baik, maka dizahidkannya hidup di dunia dan mengemarkannya kepada akhirat dan memperlihatkan kekurangan dirinya.
ULASAN TERHADAP DEFINISI DAN NAS
Difahami dari definisi dan nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa apa yang dikehendaki dengan zuhud itu ialah mengelak dan menyisihkan diri darn perkara-perkara keduniaan kerana menta'ati ALLAH dan rnematuhi hukum-hakamNYA.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkara-perkara keduniaan itu..??
Kita tidak akan dapat memahami hakikat hidup, tanpa memahami terlehih dahulu maksud perkara-perkara keduniaan. Apa yang dimaksudkan dengan perkara-perkara keduniaan itu ialah seperti apa yang dijelaskan oleh al-Quran, ALLAH SWT berfirman:
Terjemahan: Telah diperhiaskan manusia cinta kepada perkara-perkara yang diingini iaitu perempuan-perempuan, anak-cucu, emas dan perak yang berpikul-pikul, kuda-kuda yang baik, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, yang demikian itu perhiasan hidup di dunia..! sedangkan di sisi ALLAH tempat kembali yang baik.
Dalam ayat yang lain pula ALLAH berfirman:
Terjemahan: Ketahui olehmu bahawa sesungguhnya hidup di dunia itu adalah mainan, leka, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, membanyakkan harta dan anak-pinak…tidaklah kehidupan dunia itu kecuali kepuasan yang tertipu.
ALLAH SWT berfirman lagi:
Terjemahan: adalah mainan dan leka.
Kesimpulan dari nas di atas mengenai kehidupan dunia itu ialah kecenderungan manusia dan tumpuannya dalam usaha mencari kepuasan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata tanpa mengambil kira batasan hukum dan adab syara'.
Ini termasuklah mencari kepuasan nafsu dengan perempuan, berbangga dengan anak dan keturunan, tamak dan mengumpul harta berpikul-pikul, dalam bentuk emas, perak, binatang-binatang ternakan, kebun-kebun dan sawah ladang. Mereka bukan sahaja berusaha untuk mengumpul harta malah mereka juga turut merasa bangga dengan pencapaian itu.
ALLAH SWT meletakkan orang yang menumpukan perhatian kepada perkara-perkara itu sebagai mereka yang hidup dalam permainan dan kelekaan semata-mata. Kepuasan yang mereka rasai itu sebenarnya kepuasan yang tertipu, bersifat sementara, merugikan dan melalaikan manusia dari menumpukan kepada hakikat yang lebih bernilai dan lebih tinggi.
Sungguhpun perkara ini dianggap sebagai perkara-perkara keduniaan tetapi keperluannya kepada manusia tidak dapat dinafikan. Justeru itu, manusia hendaklah mengambil manfa'at sekadar keperluannya sahaja, dan itu tidak dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai memenuhi keperluan (hajat), dan keperluan ini adalah sebagai ketentuan yang mesti dipenuhi (darurat) - Perlu ada perbezaan antara Keperluan dan Kehendak di situ -
Maka untuk menentukan pengambilan dan penggunaan perkara-perkara itu secara baik, sifat zuhud ini amat diperlukan untuk membendung diri dari kegelojohan nafsu manusia itu, nafsu syahawat dan nafsu membina rasa, melalui rasa keindahan dalam berbagai bentuknya.
Termasuk dalam perkara keduniaan juga ialah cinta hidup lama dan takut kepada mati.
ALLAH SWT berfirman:
Terjemahan: Dan mereka berkata, Tuhan kami, kenapakah Kamu mewajibkan ke atas kami berperang, mengapakah Kamu tidak membiarkan kami hingga ajal yang hampir.
Cita-cita ingin hidup lama dan takut kepada mati adalah dikira sebagai perkara keduniaan. Ini kerana dengan cita-cita itu kita seolah-olah ingin memanjangkan masa untuk memuaskan kecenderungan nafsu yang buas. Kita juga ingin menelusuri masa hidup dengan keseronokan yang bersifat sementara, yang mempunyai kemahuan tanpa batasan.
PERKARA KEDUNIAAN DAN KEPERLUAN
Melalui tujuh perkara yang disebut dalam ayat di atas, terdapat di dalamnya dua penilaian hukum, iaitu keduniaan dan keakhiratan. Jika penggunaan perkara-perkara yang disebutkan adalah sekadar keperluannya sahaja maka itu tidaklah dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai darurat dan sebagai hajat yang mesti dipenuhi." Bagi mereka yang zuhud , perkara yang halal itu digunakan tidak lebih dari keperluan asasinya kerana mereka takut terlibat dengan persoalan yang lebih lama dan perkiraan yang lebih panjang di akhirat.
Dalam kita menilai keperluan yang wajib diambil kira sebagai penggunaan dan pengambilan yang tidak dapat dielakkan, maka keperluan itu haruslah dilihat dari berbagai aspek. Ini kerana keperluan itu adalah berbagai. Ada keperluan yang wujud dalam hubungan individu, keluarga, masyarakat dan ada dalam hubungan negara.
Penyaluran dan penggunaan perkara-perkara di atas tidak membazir dan tidak melampaui batas-batas hukum, maka zuhud dapat memainkan peranan supaya penyaluran dan penggunaannya berlaku dengan sebaik-baiknya.
Dengan itu penggunaan perkara-perkara itu bukan lagi bersifat keduniaan tetapi adalah untuk kepentingan akhirat dan keredaan ALLAH 'Azza wajall.
TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD
Dipandang kepada pencapaian manusia, didapati zuhud itu ada beberapa peringkat:
1. zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan. Walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi ia berjihad untuk Cuba menjauhkan dirinya dan Cuba mengelak darinya.
Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan itu.
2. zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara ta'at kepada hukum ALLAH SWT. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari keta'atan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari ALLAH.
3. zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada ALLAH dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Baginya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja jika dibandingkan dengan ni'mat di akhirat dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. Zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan ia merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifahnya(pengetahuannya), dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.
TANDA-TANDA ZUHUD
Untuk mengetahui zuhud di dalam diri seseorang maka terdapat tiga petanda yang digariskan oleh Imam Ghazali Rohimahullah, iaitu:
1. Tidak merasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak merasa dukacita dengan apa yang hilang.
2. Sikapnya sama sahaja sama ada dipuji atau dicela. Ini adalah tanda zuhud pada pangkat dan kedudukan.
3. Sentiasa mendampingi diri dengan ALLAH SWT. Hatinya sentiasa dipenuhi oleh kemanisan keta'atannya kepada ALLAH kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong dari kemanisan dan kecintaan sama ada kepada ALLAH atau kepada yang lain.
ASAS ZUHUD
Tanda permulaan zuhud itu ialah memasukkan dalam hati ingatan yang patuh kepada akhirat, kemudian timbul kemesraan perhubungan dengan ALLAH Ingatan hati secara penuh kepada akhirat tidak boleh berlaku kecuali apabila seseorang itu hilang ingatan hati kepada keduniaan.
Kemesraan perhubungan dengan ALLAH pula tidak boleh berlaku kecuali hilang kecenderungan hawa nafsu. Orang yang bertaubah dari dosa sedangkan ia tidak merasa kemanisan ta'at maka dirinya tidak akan terjamin aman dari mengulangi kembali perbuatan dosanya dan orang yang meninggalkan perkara dunia sedangkan ia tidak merasa kemanisan zuhud maka ia akan kembali pula kepada keduniaan.
KEPENTINGAN ZUHUD DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Gambar Hiasan ~ Tuan Guru Haji Nik 'Abdul 'Aziz Bin Nik Mat |
Zuhud sebagaimana yang dijelaskan, adalah menimbulkan kecenderungan untuk mengelak dan menyisihkan diri dari perkara-perkara keduniaan kerana ta'at kepada ALLAH, iaitu mengelak diri dari perkara-perkara keduniaan yang menghalang dirinya dari sampai kepada tahap untuk menuju ke arah kereghaan ALLAH.
Zuhud dapat menimbulkan kecenderungan hubungan yang tinggii antara manusia dengan ALLAH iaitu hubungan yang diasaskan kepada rasa cinta dari ma'rifat ALLAH yang penuh melalui basirah(melihat kepada kebesaran-kebesaran ciptaan ALLAH).
Di samping itu kesan yang balk dan menyeluruh berlaku dalam tindak-tanduk seseorang. Ini termasuklah mengambil segala perkara yang ada di hadapannya sekadar keperluan dan yang lebihan disalurkan untuk kepentingan kebajikan masyarakat..
Oleh: Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady
Tiada ulasan:
Catat Ulasan