gambar hiasan |
بسم الله الرحن الرحيم ،
الحمد لله والصلاة و السلام على رسول الله ،
وبعد،
Soalan :
Jawaban
:
Puasa
pada hari jum`ah sahaja jika tak diikuti hari sebelumnya (khamis) atau hari
selepasnya (sabtu) adalah MAKRUH (tinggal dapat pahala, buat tak dapat
apa) berdasarkan hadis Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi wa Sallam dalam sohehul
Bukhori pada kitab puasa:
أن الرسول - صلى الله
عليه وسلم - نهى أن يصام الجمعة، قال: (إلا أن تصوم يوما قبله أو يوما بعده). ولما
صامت إحدى زوجاته - صلى الله عليه وسلم - يوم الجمعة قال: هل صمت أمس؟ قالت: لا،
قال: هل تصومين غدا؟ قالت: لا قال: أفطري..
- رواه البخاري فى كتاب الصوم
- رواه البخاري فى كتاب الصوم
Bahawa
Rosulullah Sollallahu `Alaihi wa Sallam menegah seseorang dari berpuasa hari
jum`ah .. telah bersabda Baginda : melainkan engkau berpuasa sehari sebelumnya
atau sehari selepasnya .. dan ketikamana berpuasa salah seorang daripada
isteri² Baginda Sollallahu `Alaihi wa
Sallam pada hari jum`ah, bersabda Baginda : adakah kamu berpuasa kemarin ? telah menjawab isteri Baginda :
tidak .. bersabda Baginda : adakah kamu akan berpuasa besok harinya ? telah
menjawab isteri Baginda : tidak jugak .. maka Baginda Nabi mengarahkan mereka
untuk berbuka puasa pada hari tersebut (hari jum`ah) ..
- hadis riwayah al Bukhari
Tapi sekiranya puasa tu bertepatan dengan hari jum`ah, misalnya puasa hari putih (13,14&15 hari bulan Islam), puasa hari `arofah (09 zulhijjah) & puasa hari `asyuro (10muharrom – afdhol / utamanya bagi puasa `asyuro nih didahulukan sehari sebelum atau sehari sesudahnya untuk menyelisihi yahudi) tetiba hari² yang disebutkan tu kena/ bertepatan dengan hari jum`ah lak kan, “la haroja alaih (tak mengapa)” puasa hari jum`ah sebab kita puasa BUKAN KERANA hari jum`ah tapi kerana hari² yang disebutkan (hari putih, `arofah & `asyuro) ..
Adapun kalo dia bernazar atau nak qodho puasa hari jum`ah, sunnah bagi dia lakukan sepertimana yang dinyatakan dalam hadis ka atas tu ..
Antara sebab MAKRUH puasa hari jum`ah :
-
jum`at hari raya bagi orang Islam
-
jum`ah hari untuk memperbanyakkan `ibadah
W`alam ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan