ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 24 Februari 2012

Masuk Syurga BUKAN sebab `amal! Tapi Rahmat ALLAH `Azza wajall..

Gambar Hiasan

بسم الله والحمد لله،
والصلاة والسلام على رسول الله،
وبعد..

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال لن ينجي أحدا منكم عمله قال رجل ولا إياك يا رسول الله قال ولا إياي إلا أن يتغمدني الله منه برحمة ولكن سددوا..
- رواه مسلم
باب: لن يدخل أحد الجنة بعمله، بل برحمة الله تعالى

Daripada Abi Huroirah r.`a, daripada Baginda Nabi SAW bahawasanya Baginda SAW telah bersabda:
.."Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh `amal perbuatannya..”  telah berkata seorang lelaki: ..“Engkau pun tidak ke, wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW pun menjawab: “Aku pun tidak! hanya-sanya ALLAH  melimpahkan rahmatNYA kepadaku...”

عن جابر قال: سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول: (( لا يدخل أحدا منكم عمله الجنة، ولا يجيره من النار ، ولا أنا ، إلا برحمة من الله  ((
- رواه مسلم

Daripada Jaber telah berkata dia: Aku mendengar Baginda Nabi SAW bersabda:
`amal soleh kamu tidaklah memasukkan kamu ke dalam syurga dan tidak pula menjauhkan kamu dari api neraka, tidak pula aku ( Nabi SAW ), kecuali dengan rahmat dari ALLAH..

Imam An Nawawi Rahimahullah menjelaskan:

 Menurut zahir hadis ini ada petunjuk bagi ahlul haq, bahwasanya seseorang tidak berhak mendapat pahala dan syurga kerana `amal `ibadahnya.. Adapun firman ALLAH Ta'ala: (Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan - an Nahl: 32) dan firmanNYA: (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan - az Zukhruf: 72)  dan yang semacam dengan kedua-duanya dari beberapa ayat Al Quran yang menunjukkan bahwa `amal `ibadah itu dapat memasukkan ke dalam syurga, maka semua itu  tidak bertentangan dengan beberapa hadis ini. Akan tetapi, ayat-ayat itu bermakna bahawa  masuknya seseorang itu ke dalam syurga ALLAH `Azza wajall  kerana `amal `ibadahnya, kemudian mendapat taufiq untuk melakukan `amal `ibadah itu dan mendapat hidayah untuk ikhlas dalam `ibadah sehingga diterima di sisi ALLAH, adalah berkat rahmat ALLAH dan kurniaanNYA.. Maka sebenarnya, tidaklah seseorang itu  dimasukkan ke dalam syurga semata-mata `amal `ibadahnya.. Tetapi seseorang itu dimasukkan  ke syurga dengan `amalan-`amalannya ( iaitu dengan sebab-sebab dia ber`amal ), dan itu adalah sebahagian dari rahmat itu sendiri..  wALLAHu A’lam.

1 ulasan:

  1. haha hanya sekadar buah fikiran. amalan kita kat dunia finite. Hidup kita beberapa puluh tahun, amalan kita pun terhad. kalau insyaallah ada rezeki masuk syurga, rahmat infinite, selama2nya duduk kt sana

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails