ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 20 Februari 2012

Istikhlaf - Imam batal, sapa nak naik ganti?


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،


[ boleh lihat minit ke ( 01:34 > 03:08 ) dalam video yg di link di atas.. minit ke 01:34 tu Imam kata.. " hampa tunggu sat..... hampa tunggu sat naaa.... ]
 sebenarnya cerita bab ni dah lama terjadi pada kami yang solah di Masjid Nabawi.. aq ada kat situ sebenarnye.. kira settle dah la dah solah siap sume dah pom dan aq pon malas dah nak sembang pasalnya sebab ramai aq bertanya pada syeikh yang mengajar aq di kuliyyah, macam mana dengan keadaan yang terjadi pada kita tempoh hari di el-harom ( Masjid Nabawi ), dan bukankah ada hadis berkenaan istikhlaf ni..?? rata² mereka enggan menjawab padaku dengan dalil² yang soheh yang boleh memahamkan aq dengan lebih mendalam pada bab ni.. hanya sekadar memberitahu padaku, ia terdapat dalam sunnah.. itu je! memandangkan malam semalam kebetulan aq buka kitab 'fathul bari' karangan Imam el-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar el-`asqolaniy dan kitab 'fiqhus sunnah' karangan Imam Abu Malik Kamal bin es-saiyyid Salem, tahqiq Syeikh Nasiruddeen el-albaniy, aq terjumpa berkenaan Istikhlaf  nih.. Mudah²an ALLAH memberikan terang hati pada aq dan korang yang membaca dan melihat sendiri bab ini, serta menjaga, memelihara  dan memanjangkan `umur syeikhuna, Syeikh `Ali el-Huzaifi, - hafizohuLLAH [ imam dalam video tu - sekarang, Mantan Imam Masjid Nabawi ] dan juga menjaga kita ummah Islam dari sebarang fitnah, insya ALLAH..

Istikhlaf

Istikhlaf  bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan solah mereka, disebabkan keuzuran imam itu, seperti bahawa dia berhadas atau dia memberitahu yang dia berhadas ..

Jika imam keluar daripada solahnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada sebab, adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya..
Asal Nas kepada perkara ini terdapat dalam:

1-     Hadis Sahl bin Sa`d pada kisah Baginda Nabi SAW pergi ke tempat Bani `Amru bin `Auf di Quba’ untuk menyelesaikan perbalahan antara mereka ( ansar mEdinah, qabilah aus & khazraj ):
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِىِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ذَهَبَ إِلَى بَنِى عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتِ الصَّلاَةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ إِلَى أَبِى بَكْرٍ فَقَالَ أَتُصَلِّى لِلنَّاسِ فَأُقِيمَ ؟ قَالَ نَعَمْ . فَصَلَّى أَبُو بَكْرٍ ، فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَالنَّاسُ فِى الصَّلاَةِ ، فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِى الصَّفِّ ، فَصَفَّقَ النَّاسُ - وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ لاَ يَلْتَفِتُ فِى صَلاَتِهِ - فَلَمَّا أَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيقَ الْتَفَتَ فَرَأَى رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ، فَأَشَارَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَنِ امْكُثْ مَكَانَكَ ، فَرَفَعَ أَبُو بَكْرٍ - رضى الله عنه - يَدَيْهِ ، فَحَمِدَ اللَّهَ عَلَى مَا أَمَرَهُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مِنْ ذَلِكَ ، ثُمَّ اسْتَأْخَرَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِى الصَّفِّ ، وَتَقَدَّمَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَصَلَّى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ (( يَا أَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَثْبُتَ إِذْ أَمَرْتُكَ )) . فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مَا كَانَ لاِبْنِ أَبِى قُحَافَةَ أَنْ يُصَلِّىَ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم – (( مَا لِى رَأَيْتُكُمْ أَكْثَرْتُمُ التَّصْفِيقَ مَنْ رَابَهُ شَىْءٌ فِى صَلاَتِهِ فَلْيُسَبِّحْ ، فَإِنَّهُ إِذَا سَبَّحَ الْتُفِتَ إِلَيْهِ ، وَإِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ )) .


Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa'd as-Sa'idi mengatakan bahwa Rasulullah SAW pergi ke bani `Amr bin `Auf  yang mana telah sampai berita kepada Rasulullah SAW bahwa bani `Amr bin `Auf di Quba' terjadi perbalahan di antara mereka ( dalam riwayat lain yang dating dengan jalan riwayah Muhammad bin Ja`far daripada Abi Hazem: bertelingkah  hingga saling melempar batu.. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Marilah kita pergi mendamaikan mereka.. Lalu Baginda SAW solah zohor, kemudian keluar untuk mendamaikan mereka di hadapan sahabat²  Baginda SAW ).. Maka, tibalah waktu solah `asar sedangkan Nabi SAW belum datang, dan muazzin datang kepada Abu Bakr r.`a seraya berkata: Nabi terhalang sedang waktu solah `asar sudah tiba, apakah kamu mahu solah `asar mengimami jema`ah lain dan saya akan iqamah? Abu Bakr r.`a menjawab: Ya.. Lalu Bilal membacakan iqamah untuk mendirikan solah, maka Abu Bakr r.`a pun mengimami jema`ah manusia yg ada.. Kemudian Rasulullah SAW datang sambil berjalan kaki di dalam barisan dengan berjalan di celah² barisan di kala manusia sedang solah sehinggalah Baginda SAW sampai berdiri di saf pertama di belakang Abu Bakr r.`a.. Lalu,  jema`ah lain bertepuk tangan, sedang Abu Bakr r.`a tidak menoleh di dalam solahnya.. Ketika mana ramai bilangan jema`ah yang memperbanyak tepukan, Abu Bakr r.`a menoleh dan melihat Rasulullah SAW di dalam saf di belakangnya.. kemudian Rasulullah SAW mengisyaratkan kepadanya agar tetap di tempat dan berisyarat dengan tangannya seperti ini. ( dalam riwayah lainnya: menyuruhnya meneruskan solahnya ).. Abu Bakr r.`a lalu mengangkat kedua tangannya dan memuji kepada Allah `Azza wajall bertepatan dengan  apa yang diperintahkan oleh Baginda  Rasulullah  SAW kepadanya itu.. Kemudian Abu Bakr r.`a berganjak ke belakang hingga beliau masuk ke dalam saf dan Rasulullah berjalan ke depan terus solah mengimami jema`ah.. Maka bila mana  selesai solah, Baginda SAW bersabda: Wahai Abu Bakr r.`a, apakah yang menghalangimu untuk tetap di tempatmu ketika aku memerintahkanmu? Abu Bakr r.`a menjawab: Tidak layaklah bagi anak Abu Qahafah untuk mengimami solah ketika adanya Rasulullah SAW.. Rasulullah bersabda: ((Wahai manusia! Mengapa aq lihat kalian banyak bertepuk tangan? Barangsiapa yang merasakan ada sesuatu yang meragukan dalam solahnya, maka hendaklah ia membaca tasbeh (Subhanallah).. Sesungguhnya apabila ia membaca tasbeh, maka ia diperhatikan kepadanya.. Sesungguhnya bertasbeh itu untuk laki-laki, dan tepuk tangan itu untuk wanita))..
-Hadis riwayah al Bukhari 


 Dua Masalah dalam bab istikhlaf:

1-  Sekiranya seorang makmum itu menganti tempat imam ketika sedang solah, haruskah dia menyempurnakan solahnya sendirian ( jika masbuq ) ataupun menyempurnakan solah imam?
>> faedah daripada masalah yg timbul ialah apabila orang yang menggantikan tempat imam itu dalam hal keadaan masbuq dengan satu roka`ah, contohnya, dan menggantikan imam pada roka`ah yg kedua.. maka yang nyatanya adalah makmum yang masbuq menggantikan tempat imam tadi menyempurnakan roka`ah yang kedua dan seterusnya, dengan makmum yang lain.. kemudian apabila  dia ( mustakhlif / pengganti imam ) sujud dua kali sujud, memberikan isyarat kepada makmum, maka mereka ( makmum ) pun duduk, dan berdirilah dia menyempurnakan roka`ahnya.. apabila dia sempurnakan duduk dan tasyahhud, kemudian bangunlah dia bersama dengan makmum yang lain menyempurnakan roka`at mereka ( solah maghrib ).. Jika ia terjadi pada solah subuh, samalah jugak semacam tu..

Dan telah berkata Imam Abu Hanifah dan Imam Malik: bahkan harus baginya ( pengganti imam ) itu solah mengimami makmum lain sebagai imam ganti ( mustakhlif ) atas hukum solah yang diganti, ma`na di sini seperti yang disebutkan sebelum ini:
- Dia solah dengan makmum lainnya dalam keadaan dia roka`ah pertama, makmum roka`ah kedua, kemudian dia duduk tasyahhud menyambung solah imam yang pertama tadi ( sepatutnya dia baru roka`ah pertama, bukannya dukduk tasyahhud )..! kemudian dia menyempurnakan solah dengan makmum yg lain.. dalam hal ni, ada beberapa pandangan, kerana imam yg pertama tadi telah keluar dan terbatal status imamnya, dan makmum mengikut mustakhlif dan mustakhlif  itu tak lain solahnya hanyalah mengikut dirinya.. maka makmum harus mengikut apa yang wajib pada mereka dan tidak mengikut apa yang tak perlu, bahkan mereka hendaklah menunggu hinggalah mustakhlif itu sama dengan keadaan mereka, barulah ketika itu mereka ikut, wallahu a`lam..

2-   Apabila seorang imam mengimami jema`ah solah kemudian setelah selesai solah, dia memberitahu makmum yang dia menjadi imam tadi dalam keadaan dia tu berhadas

>> Jumhur `ulama: Malik, Syafi`ee, Ahmad, Abu Thaur dan selainnya sepakat mengatakan – hanya Imam yang patut ulang solah.. adapun makmum, tidak..
Imam Abu Hanifah pula mengatakan: dua² kena ulang.. baik makmum, mahupun imam..
# pendapat yang pertama, Jumhur `ulama itu lebih kuat..



Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti (khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jema`ah yang lain.. Jika imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan atau buta huruf), atau orang bisu, atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti mendengungkan pada tempat yang tidak patut dengung serta mengubah bacaan, maka tidak sah solah makmum yang lain jika mengikutinya, kerana ia tidak sah menjadi imam..
Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betul-betul di belakang imam kerana makmum saf pertama di belakang imam adalah bertanggungjawab untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan dan perbuatan solah dengan isyarat bacaan ((SubhanALLAH))..
Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib, sekurang-kurangnya beralih ke kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur.. Kemudian makmum yang mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah.. Tempatnya yang kosong di saf  hendaklah pula diisi oleh makmum lain, sama ada di sebelah atau di belakang, dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah..
Istikhlaf  hendaklah dilakukan dengan serta-merta.. Jika imam keluar daripada jema`ah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun, maka ditegah penggantiannya selepas itu.. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun, sama ada rukun fi‘li (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan).. Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam, maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjema`ah dan meneruskan solah bersendirian..
Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi makmum, kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang awal..


Cara Istikhlaf Dalam solah
Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam solah yang sama atau bilangan roka`at yang sama, maka SAH penggantian tersebut di mana-mana roka`at pun kerana mustakhlif itu mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan..
Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar solah (mustakhlif bukan daripada kalangan makmum, dan terus masuk menjadi imam), maka menurut pendapat Imam Nawawi dan jumhur `ulama adalah diHARUSkan istikhlaf dengan syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada roka`at pertama, atau roka`at ketiga (pada solah yang empat roka`at) kerana tidak akan bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya..
Jika berlaku percanggahan dalam tertib, maka TIDAK diharuskan istikhlaf.. Contohnya ialah apabila seorang yang di luar solah mengganti imam pada roka`at kedua atau roka`at terakhir, dan dia (mustakhlif / pengganti) itu akan bangun berdiri bagi roka`atnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyat awal atau tahiyat akhir di roka`at mereka..
Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jema`ah hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut, sebagaimana perbuatannya jika imam belum keluar daripada jema`ah.. Sebagai contoh, jika makmum yang masbuq pada roka`at kedua dalam solah subuh, kemudian imam itu berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu, maka makmum yang menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan di dalam roka`at kedua dalam solah subuh iaitu berqunut, duduk dan bertasyahud biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu roka`at..
Selepas itu barulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula tanpa salam untuk menggenapkan solah dua roka`atnya, lalu berqunut lagi pada roka`at keduanya itu bagi dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjema`ah).. Para jema`ah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan terus memberi salam, ataupun duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-samanya..
Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan solah mereka setelah sempurna solah berjema`ah adalah diperbolehkan kepada salah seorang daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu boleh mengikutinya.. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam solah Jum`at kerana tidak harus mendirikan lagi solah Jum`at selepas selesai dikerjakannya..

W`alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails