بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،
[ boleh lihat
minit ke ( 01:34 > 03:08 ) dalam video yg di link di atas.. minit ke 01:34 tu Imam kata.. " hampa tunggu sat..... hampa tunggu sat naaa.... ]
sebenarnya
cerita bab ni dah lama terjadi pada kami yang solah di Masjid Nabawi.. aq ada
kat situ sebenarnye.. kira settle dah la dah solah siap sume dah pom dan aq pon
malas dah nak sembang pasalnya sebab ramai aq bertanya pada syeikh yang
mengajar aq di kuliyyah, macam mana dengan keadaan yang terjadi pada kita
tempoh hari di el-harom ( Masjid Nabawi ), dan bukankah ada hadis berkenaan
istikhlaf ni..?? rata² mereka enggan menjawab padaku dengan dalil² yang soheh
yang boleh memahamkan aq dengan lebih mendalam pada bab ni.. hanya sekadar
memberitahu padaku, ia terdapat dalam sunnah.. itu je! memandangkan malam
semalam kebetulan aq buka kitab 'fathul bari' karangan Imam el-Hafiz Ahmad bin
`Ali bin Hajar el-`asqolaniy dan kitab 'fiqhus sunnah' karangan Imam Abu Malik
Kamal bin es-saiyyid Salem, tahqiq Syeikh Nasiruddeen el-albaniy, aq terjumpa
berkenaan Istikhlaf nih.. Mudah²an ALLAH memberikan terang
hati pada aq dan korang yang membaca dan melihat sendiri bab ini, serta menjaga,
memelihara dan memanjangkan `umur
syeikhuna, Syeikh `Ali el-Huzaifi, - hafizohuLLAH [ imam dalam video tu - sekarang,
Mantan Imam Masjid Nabawi ] dan juga menjaga kita ummah Islam dari sebarang
fitnah, insya ALLAH..
Istikhlaf
Istikhlaf
bererti
imam digantikan oleh salah seorang daripada
makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan solah mereka, disebabkan
keuzuran imam itu, seperti bahawa dia berhadas atau dia memberitahu yang dia berhadas ..
Jika imam
keluar daripada solahnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada sebab,
adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya..
Asal Nas
kepada perkara ini terdapat dalam:
1- Hadis
Sahl bin Sa`d pada kisah Baginda Nabi SAW pergi ke tempat Bani `Amru bin `Auf
di Quba’ untuk menyelesaikan perbalahan antara mereka ( ansar mEdinah, qabilah
aus & khazraj ):
عَنْ سَهْلِ بْنِ
سَعْدٍ السَّاعِدِىِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ذَهَبَ إِلَى
بَنِى عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتِ الصَّلاَةُ فَجَاءَ
الْمُؤَذِّنُ إِلَى أَبِى بَكْرٍ فَقَالَ أَتُصَلِّى لِلنَّاسِ فَأُقِيمَ ؟ قَالَ
نَعَمْ . فَصَلَّى أَبُو بَكْرٍ ، فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَالنَّاسُ فِى
الصَّلاَةِ ، فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِى الصَّفِّ ، فَصَفَّقَ النَّاسُ -
وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ لاَ يَلْتَفِتُ فِى صَلاَتِهِ -
فَلَمَّا أَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيقَ
الْتَفَتَ فَرَأَى رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ، فَأَشَارَ إِلَيْهِ
رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَنِ امْكُثْ مَكَانَكَ ،
فَرَفَعَ أَبُو بَكْرٍ - رضى الله عنه - يَدَيْهِ ، فَحَمِدَ اللَّهَ
عَلَى مَا أَمَرَهُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مِنْ ذَلِكَ ،
ثُمَّ اسْتَأْخَرَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِى الصَّفِّ ، وَتَقَدَّمَ
رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَصَلَّى ، فَلَمَّا
انْصَرَفَ قَالَ (( يَا أَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَثْبُتَ إِذْ أَمَرْتُكَ ))
. فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مَا كَانَ لاِبْنِ أَبِى قُحَافَةَ أَنْ يُصَلِّىَ بَيْنَ
يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى
الله عليه وسلم – (( مَا لِى رَأَيْتُكُمْ أَكْثَرْتُمُ التَّصْفِيقَ مَنْ رَابَهُ
شَىْءٌ فِى صَلاَتِهِ فَلْيُسَبِّحْ ، فَإِنَّهُ إِذَا سَبَّحَ الْتُفِتَ إِلَيْهِ
، وَإِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ )) .
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa'd as-Sa'idi mengatakan bahwa Rasulullah SAW pergi ke bani `Amr
bin `Auf yang mana telah sampai berita
kepada Rasulullah SAW bahwa bani `Amr bin `Auf di Quba' terjadi perbalahan di
antara mereka ( dalam riwayat lain yang dating dengan jalan riwayah Muhammad
bin Ja`far daripada Abi Hazem: bertelingkah hingga saling melempar batu.. Lalu Rasulullah
SAW bersabda: Marilah kita pergi mendamaikan mereka.. Lalu Baginda SAW solah zohor,
kemudian keluar untuk mendamaikan mereka di hadapan sahabat² Baginda SAW ).. Maka, tibalah waktu solah
`asar sedangkan Nabi SAW belum datang, dan muazzin datang kepada Abu Bakr r.`a
seraya berkata: Nabi terhalang sedang waktu solah `asar sudah tiba, apakah kamu
mahu solah `asar mengimami jema`ah lain dan saya akan iqamah? Abu Bakr r.`a
menjawab: Ya.. Lalu Bilal membacakan iqamah untuk mendirikan solah, maka Abu
Bakr r.`a pun mengimami jema`ah manusia yg ada.. Kemudian Rasulullah SAW datang
sambil berjalan kaki di dalam barisan dengan berjalan di celah² barisan di kala
manusia sedang solah sehinggalah Baginda SAW sampai berdiri di saf pertama di
belakang Abu Bakr r.`a.. Lalu, jema`ah
lain bertepuk tangan, sedang Abu Bakr r.`a tidak menoleh di dalam solahnya..
Ketika mana ramai bilangan jema`ah yang memperbanyak tepukan, Abu Bakr r.`a
menoleh dan melihat Rasulullah SAW di dalam saf di belakangnya.. kemudian
Rasulullah SAW mengisyaratkan kepadanya agar tetap di tempat dan berisyarat
dengan tangannya seperti ini. ( dalam riwayah lainnya: menyuruhnya meneruskan solahnya
).. Abu Bakr r.`a lalu mengangkat kedua tangannya dan memuji kepada Allah `Azza
wajall bertepatan dengan apa yang
diperintahkan oleh Baginda Rasulullah SAW kepadanya itu.. Kemudian Abu Bakr r.`a berganjak
ke belakang hingga beliau masuk ke dalam saf dan Rasulullah berjalan ke depan
terus solah mengimami jema`ah.. Maka bila mana selesai solah, Baginda SAW bersabda: Wahai Abu
Bakr r.`a, apakah yang menghalangimu untuk tetap di tempatmu ketika aku
memerintahkanmu? Abu Bakr r.`a menjawab: Tidak layaklah bagi anak Abu Qahafah
untuk mengimami solah ketika adanya Rasulullah SAW.. Rasulullah bersabda: ((Wahai
manusia! Mengapa aq lihat kalian banyak bertepuk tangan? Barangsiapa yang
merasakan ada sesuatu yang meragukan dalam solahnya, maka hendaklah ia membaca tasbeh
(Subhanallah).. Sesungguhnya apabila ia membaca tasbeh, maka ia diperhatikan
kepadanya.. Sesungguhnya bertasbeh itu untuk laki-laki, dan tepuk tangan itu
untuk wanita))..
-Hadis
riwayah al Bukhari
Dua
Masalah dalam bab istikhlaf:
1- Sekiranya seorang makmum itu menganti tempat imam ketika sedang solah,
haruskah dia menyempurnakan solahnya sendirian ( jika masbuq ) ataupun
menyempurnakan solah imam?
>> faedah daripada masalah yg timbul ialah apabila orang yang menggantikan tempat
imam itu dalam hal keadaan masbuq dengan satu roka`ah, contohnya, dan
menggantikan imam pada roka`ah yg kedua.. maka yang nyatanya adalah makmum yang
masbuq menggantikan tempat imam tadi menyempurnakan roka`ah yang kedua dan
seterusnya, dengan makmum yang lain.. kemudian apabila dia ( mustakhlif / pengganti imam ) sujud dua
kali sujud, memberikan isyarat kepada makmum, maka mereka ( makmum ) pun duduk,
dan berdirilah dia menyempurnakan roka`ahnya.. apabila dia sempurnakan duduk
dan tasyahhud, kemudian bangunlah dia bersama dengan makmum yang lain
menyempurnakan roka`at mereka ( solah maghrib ).. Jika ia terjadi pada solah
subuh, samalah jugak semacam tu..
Dan
telah berkata Imam Abu Hanifah dan Imam Malik: bahkan harus baginya ( pengganti
imam ) itu solah mengimami makmum lain sebagai imam ganti ( mustakhlif ) atas hukum
solah yang diganti, ma`na di sini seperti yang disebutkan sebelum ini:
- Dia solah dengan makmum lainnya dalam keadaan dia roka`ah pertama, makmum
roka`ah kedua, kemudian dia duduk tasyahhud menyambung solah imam yang pertama
tadi ( sepatutnya dia baru roka`ah pertama, bukannya dukduk tasyahhud )..!
kemudian dia menyempurnakan solah dengan makmum yg lain.. dalam hal ni, ada
beberapa pandangan, kerana imam yg pertama tadi telah keluar dan terbatal
status imamnya, dan makmum mengikut mustakhlif dan mustakhlif itu tak lain solahnya hanyalah mengikut
dirinya.. maka makmum harus mengikut apa yang wajib pada mereka dan tidak
mengikut apa yang tak perlu, bahkan mereka hendaklah menunggu hinggalah mustakhlif
itu sama dengan keadaan mereka, barulah ketika itu mereka ikut, wallahu a`lam..
2- Apabila seorang imam mengimami jema`ah solah kemudian setelah
selesai solah, dia memberitahu makmum yang dia menjadi imam tadi dalam keadaan
dia tu berhadas
>> Jumhur `ulama: Malik, Syafi`ee, Ahmad,
Abu Thaur dan selainnya sepakat mengatakan – hanya Imam
yang patut ulang solah.. adapun makmum, tidak..
Imam Abu Hanifah pula mengatakan: dua² kena ulang.. baik makmum, mahupun imam..
# pendapat yang pertama,
Jumhur `ulama itu lebih kuat..
Disyaratkan
bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti
(khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jema`ah yang lain.. Jika
imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan
atau buta huruf), atau orang bisu, atau orang yang tidak jelas bacaannya
seperti mendengungkan pada tempat yang tidak patut dengung serta mengubah
bacaan, maka tidak sah solah makmum yang lain jika mengikutinya, kerana ia
tidak sah menjadi imam..
Disyaratkan
juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betul-betul di
belakang imam
kerana makmum saf pertama di belakang imam adalah bertanggungjawab
untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan dan perbuatan solah dengan isyarat bacaan ((SubhanALLAH))..
Imam yang
keluar itu hendaklah keluar dengan tertib, sekurang-kurangnya beralih ke
kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur.. Kemudian makmum yang
mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua
pergerakan langkah.. Tempatnya yang kosong di saf hendaklah pula diisi
oleh makmum lain, sama ada di sebelah atau di belakang, dengan tidak lebih dari
dua pergerakan langkah..
Istikhlaf
hendaklah dilakukan dengan serta-merta.. Jika imam keluar daripada
jema`ah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun, maka ditegah
penggantiannya selepas itu.. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam
terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun, sama ada rukun fi‘li
(perbuatan) atau rukun qauli (percakapan).. Sekiranya didapati tiada sesiapa
yang maju menggantikan imam, maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah)
dari berjema`ah dan meneruskan solah bersendirian..
Tidak
disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi
makmum, kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang
awal..
Cara Istikhlaf Dalam solah
Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam solah yang sama
atau bilangan roka`at yang sama, maka SAH
penggantian tersebut di mana-mana roka`at pun kerana mustakhlif itu
mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan..
Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar solah
(mustakhlif bukan daripada kalangan makmum, dan terus masuk menjadi imam), maka
menurut pendapat Imam Nawawi dan jumhur
`ulama adalah diHARUSkan istikhlaf dengan
syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada roka`at pertama, atau roka`at
ketiga (pada solah yang empat roka`at) kerana tidak akan bercanggah dengan
tertib makmum yang mengikutinya..
Jika
berlaku percanggahan dalam tertib, maka TIDAK diharuskan istikhlaf.. Contohnya ialah
apabila seorang yang di luar solah mengganti imam pada roka`at kedua atau
roka`at terakhir, dan dia (mustakhlif / pengganti) itu akan bangun berdiri bagi
roka`atnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyat awal atau
tahiyat akhir di roka`at mereka..
Jika
makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jema`ah hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut,
sebagaimana perbuatannya jika imam belum keluar daripada jema`ah.. Sebagai
contoh, jika makmum yang masbuq pada roka`at kedua dalam solah subuh, kemudian
imam itu berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu, maka makmum yang
menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan
di dalam roka`at kedua dalam solah subuh iaitu berqunut, duduk dan bertasyahud
biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu roka`at..
Selepas
itu barulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula
tanpa salam untuk menggenapkan solah dua
roka`atnya, lalu berqunut lagi pada roka`at keduanya itu bagi
dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjema`ah)..
Para jema`ah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq
tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat akhir
tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah
daripada imam) dan terus memberi salam, ataupun
duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam
bersama-samanya..
Makmum-makmum
masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan solah mereka setelah sempurna
solah berjema`ah adalah diperbolehkan kepada salah seorang daripada mereka yang
masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu
boleh mengikutinya.. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam solah Jum`at
kerana tidak harus mendirikan lagi solah Jum`at selepas selesai dikerjakannya..
W`alam..