Menziarahi orang sakit merupakan SUNNAH Baginda Nabi SAW dan ia AMAT digalakkan dalam agama Islam. Sebenarnya ziarah-menziarahiini bukan hanya tatkala sakit, bahkan di semua masa meengkapi masa sihat, berdukacita mahupun tatkala bergembira, ia amat digalakkan dalam Islam tak kira menziarahi sahabat-handai, keluarga, sanak-saudara samada yang muda lebih-lebih lagi yang tua, yang bujang mahupun yang telah berkahwin. Semua ini telah dilakukan oleh Baginda SAW kerana ‘amalan seumpama itu insyALLAH akan endapat ganjaran pahala yang besar di sisi ALLAH SWT sepertimana sabda Baginda SAW:
" مَن عاد مريضًا أو زار أخًا له فى الله ناداهُ منادٍ إن طِبْتَ وطابَ مَمْشاكَ وتَبَوَّأُ من الجنة منزلاً "
Yang bermaksud : “ barang siapa menziarahi orang yang sakit ataupun ia menziarahi saudaranya kerana ALLAH SWT maka akan terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan pada orang yang menziarahi itu BAGUS dan BAGUS langkahmu dan ambillah(disediakan) tempat tinggalmu dalam syurga ”
Sabda Baginda Nabi SAW lagi:
" أطعِموا الجائعَ وعودوا المريضَ وفُكُّوا العاني "
Yang bermaksud : “ hendaklah kamu member makan kepada orang yang lapar, dan ZIARAHlah kamu akan orang yang sedang sakit serta lepaskanlah orang yang berada di dalam tawanan ”
Sebagaimana ‘ibadah yang lain itu mempunyai syarat ataupun adab(rukun), maka di sini tatkala kita menziarahi orang yang sakit juga mempunyai adab-adabnya yang tersendiri yang perlu kita ikuti agar ia tidak lari daripada hasrat dan kehendak ataupun lebih tepat kita katakan SIRIM(syari’at) Islam.
>> Adab-adab Menziarahi Orang Sakit
* Jangan Duduk Terlalu Lama Di Sisi Pesakit Keran Itu Mumkin Akan Membawa Kepada Pesakit Menjadi Jemu
* Menzahirkan Rasa Simpati Kepada Pesakit Seolah-olah Kita Juga Merasai Penyakit Yang Dialami Oleh Pesakit Tersebut
*Membacakan Do’a Kepada Pesakit Seperti
" أَسْئَلُ اللهَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْكَرِيمِ أَن يَشْفِيكَ / يشفشكِ "
Yang bermaksud : “ saya memohon kepada ALLAH yang menguasai ‘arash yang besar lagi mulia agar menyembuhkan engkau(pesakit) ”
" اللهم أَذْهَبِ الْبَأْسَ رَبُّ النَّاسِ اشْفِهْ ، أنتَ الشَّافِى لاَ شِفَآءٌ إِلاَّ شِفَآئُكَ شِفَآءٌ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا. بسم اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا . بسم اللهِ أُرْقِيكَ وَاللهُ يُشْفِيكَ مِن كُلِّ دَاءٍ فِيك ومن شر النفاثات فى العقد ومن شر حاسد إذا حسد. اللهمَّ اشْفِهْ ، اللهم عافِهْ "
Yang bermaksud : “ Ya ALLAH, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah dia ya ALLAH. Engkaulah ya ALLAH yang Maha Menyembuhkan segala jenis penyakit yang mana tidak ada sesiapa jua yang mampu menyembuhkan penyakit melainkan Engkau jua ya ALLAH yang sembuhan itu tidak meninggalkan sebarang penyakit! Dengan nama ALLAH yang memiliki tanah bumi kami dengan air liur setengah antara kami maka disembuhkan penyakit kami. Dengan nama ALLAH, aku menjampi kamu(pesakit) bahawasanya Demi ALLAH lah yang menyembuhkan kamu daripada segala penyakit yang ada pada kamu dan daripada segala kejahatan semburan pada tali yang tersimpul daripada kejahatan-kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. Ya ALLAH, sembuhkanlah dia dan sihatkanlah ia! ”
* Menasihati Pesakit Agar Bersabar Dengan Penyakit Yang Ditimpa Ke Atasnya Kerana Dengan Sakit Itu Ia Merupakan Penghapus Dosa Dan Menambahkan Lagi Pahalanya
* Jangan Memakan Makanan Hadiah Daripada Orang Lain Orang Kepada Pesakit Atau Makanan Yang Disediakan Kepadanya Kerana Jika Kita Memakannya, Akan Hilanglah Pahala Menziarahi Pesakit
>> Tujuan Menziarahi Orang Sakit
~ Dapat Menghiburkan Hati Orang Yang Sedang Sakit Kerana Dengan Adanya Orang Yang Menziarahinya, Pesakit Merasakan Dirinya Turut Disimpati
~ Mengurangkan Bebanan Pesakit Kerana Orang Yang Menziarahi Memberi Kata2 Harapan
~ Mendo’akan Pesakit Agar Segera Sembuh
~ Membawa Makan / Minuman Yang Sesuai Kepada Pesakit
~ Membantu Meringankan Bebanan Yang Dihadapi Pesakit Bahkan Bebanan Yang Dihadapi Oleh Keluarga Pesakit
>>Adab Menziarahi Orang Yang Sakit Tenat
Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kematian itu hamper tiba adalah:
“ Bulu kening sudah terjatuh ke bawah dan tidak terletak di ateh tulang dahi”
“Hidung sudah menjadi lembik”
“Tapak kaki sudah tidak lagi tegak”
“Telinga sudah menjadi layu”
Maka tatkala berlakunya sedemikian, hendaklah orang yang menziarahi itu member pengharapan kepada pesakit yang mana ALLAH akan mengampunkan dosa-dosanya kerana di kala masa itu pesakit sedang berlawan dengan malaikat dan syaitan yang beerada disampingnya.
Pengharapan terakhir adalah agar pesakit bersangka baik terhadap ALLAH dan seboleh-bolehnya janganlah membiarkan agar pesakit berkata perkataan yang bukan-bukan sehingga menyebabkan pesakit merasa putus-asa dengan Rahmat ALLAH terhadapnya!
Maka Penziarah hendaklah:
~~ Memperkatakan kepada pesakit percakapan yang baik2 sahaja kerana di waktu itu malaikat hanya mengAMINkan sahaja apa yang dikatakan
~~ Memendekkan masa duduk dan jangan membuat bising di sisi pesakit
~~ Sunnah diajarkan kepada pesakit kalimah :
" لآ إله إلا الله "
Memadai diajarkan kalimah itu sekali sahaja. Setelah ia boleh menuturkan, biarkan ia berkata perkataan lain dan kemudiannya diajarkan semula.
~~ Orang yang sakit pula sunnah membaca :
لآ إله إلا الله والله أكبر / لآ إله إلا الله وحده لا شريك له / له الملك وله الحمد لآ إله إلا الله / لا حول ولا قوة إلا بالله
Berdasarkan Hadis daripada Nabi SAW riwayah Imam Tirmiziy dan IbNu Hibban yang bermaksud : “ sesiapa yang membacanya ketika sakit, nescaya ALLAH menghindarkannya daripada dimakan Api Neraka ALLAH(wal’iyazubiLLAH!) ”
- wALLAHu wa Rosuluhu a’alam -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan