hiasan semata-mata |
Pagi tadi masa rehat aku keluar ke pasar
basah . memandangkan gap antara kelas seterusnya agak lama . aku keluar pergi
beli barang rumah untuk tempoh sebulan . keluar pegi beli ikan, udang, sotong, sayur
dan lelain . lepas zohor aku bersihkan ikan3, udang3 dan sotong3 yang dibeli
tadi . tengah duk bersihkan udang dan sotong3 tu, tetiba lalu membe Pakistan tegur
. dia tanya ape jadah aku duk basuh tu . lain macam je tengok, kata dia . aku
pun kata ni sumi3 –sotong- . yang ni jambari –udang- sambil aku tunjuk pada dia
. dia geli tengok udang dan sotong tu . haha
Aku pun terus tanya kat dia: kau tak makan
ke udang ngan sotong? Sedap kut beb . dia lantas kata kat aku yg dia geli
tengok udang ngan sotong tu . tambah3 sotong . menggelikan, katanya . lepas dia
kata geli, dia kata sotong ngan udang tu HARAM makan . masyarakat tempat aku
tak makan udang ngan sotong . aku tanya lak, macam mana dengan kalamari –ketam-
. makan tak? dia tak tahu ape jadahnye ketam tu . huh terus aku kata dekat dia
. memang lah HARAM makan sotong ngan udang ngan ketam bagai tu . tapi tu pada
pendapat kau . pada pegangan kau . mazhab kau, mazhab Ahnaf –rohimahullah- memang
kata HARAM makan makanan laut selain pada ikan . hanya ikan sahaja yang HALAL
dimakan . tak gitu? Ia, katanya . aku cakap, mazhab yang kau pegang tu ade hujjah dia
sendiri . ade dalil mereka sendiri katakan HARAM . A’immah mazhab Ahnaf -rohimahumullah- berpegang pada hadis ni dalam
menghuraikan makna “maitah – bangkai - ” dalam hadis yg lainnya . ini hujjah
mereka dalam mengatakan “maitah” itu hanya ikan :
أحلت لنا ميتتان السمك والجراد
Maksudnya :
Halal bagi kami hanya dua bangkai -atau
binatang yang tak payah disembelih-. 1. Ikan . 2. Belalang
Jadi tak hairan kalo kau nak pegang kata, selain pada ikan itu HARAM . Cuma kau takleyh halang
aku nak makan . sotong ngan udang ni sedap kut . selain buat goreng celup
tepung, buat tomyam pun sodap . haha kau kena hormat pandangan `ulama . Islam
itu luas . Islam itu Rahmat untuk seluruh alam . hehe
Aku pulak suke berpegang pada pendapat
mazhab yang mengatakan semua bangkai -atau binatang yang tak payah disembelih- yang
ada di dalam laut tu HALAL dimakan . A’immah mazhab ini antaranya mazhab Malik,
Syafi`e dan Ahmad –rohimahumullah- . A’immah ini berpegang pada hadis :
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya :
airnya (laut) suci, halal bangkai yg ada dalamnya (binatang dlm
laut takyah sembelih sebagai contoh ikan) .
pendapat kedua ini mengatakan bahawa “maitah”
itu adalah semua jenis haiwan laut . tak hidup haiwan3 itu melainkan dekat laut
sahaja . maka dia HALAL dimakan . –wallahu a`lam –
nelayan asing kena tangkap |
bila dah simpan semua ikan3, sotong dengan
udang3 tu . aku terfikir macam mana lah nelayan3 dekat Negara dia . kalo turun
ke laut nak gi memukat . tetiba yang lekat di pukat hanya udang dan sotong .
bagaimana gamaknya lah . uhuu
indahnya Islam . banyaknya ragam dan
perangai orang . cantiknya alam ini diciptakan Robb dengan pelbagai warna . sangat
tak cun kalo dunia ni dicipta dengan satu tema sahaja . ALLAHu Akbar! ni`mat
Robb yang mana lagi ingin ku dustakan .
الفقير إلى الله :
فائز رمزي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan