بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة و السلام على رسول الله ،
وبعد ،
Nakbah
Memperingati Nakbah (Malapetaka
Besar) yang menimpa ra`yat Falestin pada 15 MEI 1948 .. kini hampir 64 tahun
genap tarikh itu ..
Nakbah Falestin merujuk kepada peristiwa orang² Yahudi yang kembali ke bumi Juressalem secara beramai-ramai dan tertegaknya sebuah Negara Haram Zionis Israel di Falestin yang diisytiharkan pada 15 MEi 1948 serta dii`tiraf oleh Persatuan Bangsa² Bersatu (PBB), Amerika Syarikat pada tahun 1949 ..
Tertubuhnya
Negara Haram Israel pada 1948 juga merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia .. kembalinya golongan Yahudi ke bumi suci ini juga adalah merupakan tangis derita ke atas ummah Islam yang sehingga ke hari ini tak bernoktah .. Orang² Yahudi dihalau oleh ALLAH `Azza wajall 2000 tahun yang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para Nabi `A.S., membuat kerosakan di atas muka bumi serta mengingkari perintah daripada ALLAH `Azza wajall ..
Selepas Nakbah 15 MEI 1948
Pengusiran ra`yat Islam Falestin dari 85% hanya tinggal 22% ..
Penaklukan Yahudi ke atas Tanah Haram Israel pada asalnya 9% hingga lebih 78% ..
akhirnya 1949 PBB mengi`tiraf pendudukan yahudi ke atas Tanah Haram Israel sebagai sebuah Negara ..
Pengusiran ra`yat Islam Falestin dari 85% hanya tinggal 22% ..
Penaklukan Yahudi ke atas Tanah Haram Israel pada asalnya 9% hingga lebih 78% ..
akhirnya 1949 PBB mengi`tiraf pendudukan yahudi ke atas Tanah Haram Israel sebagai sebuah Negara ..
Biar sehebat
mana pun perancangan musuh Allah untuk menghancurkan Islam, dan biar sehebat
mana pun ujian dan fitnah yang menimpa muslimin pada hari ini, jangan sesekali
kita lupa bergantung harap pada Allah SWT. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hamba-hambaNya. Semoga usaha, pengorbanan, darah kita menjadi
saksi di akhirat kelak bahawasanya inilah buktinya kasih dan cintanya kita pada
agama suci ini.
Akhirnya,
genggamlah nukilan kata semangat waja yang dinyatakan oleh pakar sejarah dan
pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani :
"Bila
mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah,
sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat
dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang
tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang
kafir."
اللهم يا رب المقدس و الحرمبن ، انصر إخواننا المسلمين المظلومين في فلسطين ، اللهم انصر إخواننا المسلمين في كل مكان و في كل زمان ، اللهم أصلح أحوال إخواننا المسلمين فى فلسطين .. اللهم آمنْ خوفهم يا أمان الخآئفين .. اللهم آميين
- 64 tahun Nakbah Falestin | PMRAM
- حرب النكبة 1948
الفقير إلى الله :
فائز رمزي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan