عن أبي هريرة أن رسول الله صلى
الله عليه وسلم قال : مَن صام رمضان إيمانا واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه ..
وقال الحافظ ابن حجر في " فتح
الباري" ، المراد بالإيمان : الاعتقاد بفرضية صومه .. وبالاحتساب : طلب
الثواب من الله تعالى أي طلباً للأجر لا لقصد آخر من رياء أو نحوه ..
hadis daripada
Abi Huroirah rodhiyallahu `anh bahawa Baginda Rosul sollallahu
`alaihi wa sallam telah bersabda : siapa² yang berpuasa romadhon dengan
penuh keimanan, kepercayaan dan kepenelitian, keterperincian, kekira bicaraan,
kepenyemakan semula terhadap `ibadah puasanya, nescaya diampunkan dosa²nya yang
telah lalu (dosa² kecik .. dosa besar terhapus dengan taubah ..)
dan telah
berkata Imam Ibn Hajar dalam kitab
"fathul bari", yang dimaksudkan dengan iman di sini :
mempercayai akan kefardhuan puasa .. dan ihtisab di sini : mengharapkan
pahala daripada ALLAH ta`ala bukan kerana sifat riya’ atau yang lainnya
..
seringkali tiba
musim haji kita kerap bertanya “si tuan haji itu ‘mabrur (diterima)’ kah
hajinya”, “si puan hajjah itu ‘mabruroh’ kah hajinya” setelah pulang
dari dua tanah suci ? seseorang pulang dari `umroh pula, akan kita bertanya “tuan
atau si puan itu ‘maqbulah (diterima)’ atau tidak `umroh yang dikerjakan ?
habisan ribuan ringgit pergi ke Makkah dan Medinah .. apabila tibanya bulan
romadhon pula, kerap kali kita terdengar akan hadis di atas dan mulalah kita bertanya “إيمانا واحتساباً” kah
puasa kita ?
tapi apakah
pernah kita bertanya pada iman di hati kita sendiri dalam kerja buat
kita sehari-harian, dalam `amal `ibadah yang kita `amalkan sehari-harian, dalam
pergerakan perjalanan perlakuan sehari-harian kita, apakah “إيمانا واحتساباً” atau tidak segala apa kerja buat yang kita
telah lakukan .. apakah penuh dengan kepercayaan dan kepenelitian dalam `amal
`ibadah kita itu ?
ALLAH berfirman dalam al quran surah el
baqoroh ayat ke 285 :
آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته
وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك
المصير ( البقرة : ٢٨٥ )
Bermaksud :
Rosulullah
telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadanya dari Robb Nya dan juga
orang² yang beriman semuanya beriman kepada ALLAH dan Malaikat²NYA dan
Kitab²NYA dan Rosul²NYA .. Mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seorang
dengan yang lain Rosul²NYA .. mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami ta`at,
kami pohonkan keampunanMU Wahai Robb kami, dan kepadamu jualah tempat kembali
(Al Baqoroh : 285 ) ..
manusia yang beriman
akan mempercayai bahawa dia hendaklah mematuhi apa² suruhan yang telah
disampaikan ALLAH `Azza wa jall melalui para MalaikatNYA menerusi Para penyampai risalahNYA yang termaktub
atau yang tertulis dalam Kitab² yang telah didatangkanNYA .. manusia akan
mengakui bahawa setiap gerak kerjanya diperhatikan oleh ALLAH .. setiap
perbuatan dan `amalan sehari-hariannya ada yang mencatatnya iaitu para Malaikat
ALLAH yang tidak pernah henti mencatat `amalan kerja buat manusia .. manusia juga turut akan mematuhi segala
arahan dan menjauhi segala larangan yang telah termaktub di dalam kitab²
yang diturunkan ALLAH yang disampaikan menerusi lisan Para Rasul atau penyampai
risalah ALLAH di muka bumi ini ..
bila manusia
yang beriman itu mengetahui dan mempercayai segala `amalannya diperhatikan
ALLAH `Azza wa jall, dicatat oleh Malaikat²NYA, nescaya dia akan melaksanakan
tugasan hariannya dengan penuh kepenelitiaan terhadap kerja²nya .. dia akan
amanah ketika berbuat sesuatu .. tidak pecah amanah .. tidak berlaku zalim ..
خيرَ الأمورِ أَوْسطها ..
Yang bermaksud :
Sebaik-baik perkara adalah yang tengah² /
sedang²..
kita sekarang heboh dengan perkataan
wasatiyyah (bersikap pertengahan) .. tapi kita bila bersedeqah, datang
seseorang meminta sedeqah, apakah wasatiyyah kita ni ? duit dalam kocek ada
tiga jenis .. yang besar (lima puluh hingget), duit yang pertengahan (sepuluh
hingget) dan duit yang kecik (seringgit) .. duit yang singget jugak kita bagi ?
wasatiyyah kah kita ni atau taik kedekut kah kita ? gaji MYR 3-4k sebulan,
singget jugak wasatiyyah kita ? lemah iman kita nih ..
ingatlah ALLAH memberi arahan pada kita
walau ayat menunjukkan pada supaya keluarkan zakat, tapi boleh ambil istimbat
supaya rajin bersedeqah kalo ada harta lebih :
يا أيها الذين آمنوا أنفقوا مما رزقناكم من قبل
أن يأتي يوم لا بيع فيه ولا خلة ولا شفاعة والكافرون هم
الظالمون ( البقرة : ٢٥٤ ) ..
Maksud :
Wahai orang² yang beriman, infaqkanlah
sebarkanlah berikanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan pada
kamu sebelum tibanya hari qiyamah hari yang tidak ada jual beli padanya dan
tidak ada teman mahupun rakan yang mampu member mamfa`ah padamu serta tidak ada
pula pertolongan serta syafa`ah dan orang² kafir lagi kufur dengan suruhan²
ALLAH itu mereka adalah orang² yang zalim terhadapNYA (Al Baqoroh : 254) ..
الحمد لله الذي قال : والكافرون هم الظالمون ولم
يقل والظالمون هم الكافرون ..
Sesetengah `Ilmuan tafsir mengucapkan ‘alhamdulillah
(segala puji bagi ALLAH’ berkenaan ayat ini .. beruntung besar kita kerana
ALLAH meletakkan di sana “orang² kafir yang kufur itu merekalah orang² yang
zalim” tapi tidak ALLAH `Azza wa jall mendatangkan “orang² yang zalim itu
adalah orang² kafir” .. SubhanALLAH ~! zalim kita nih .. duit banyak, tapi
orang lain ramai memerlukan kita buat tak tahu je .. zalim kita nih .. duit
banyak, tabung masjid lalu depan mata kita buat tak Nampak je .. zalim kita nih
.. amanah ALLAH beri kita lalai²kan begitu² je .. zalim kita nih .. ALLAH beri
kita projek mega tahunan dengan datangnya bulan romadhon, kita keluar dari
bulan itu, kita habiskan projek mega kita itu dalam keadaan kita tak mendapat
untung besar dalam keadaan tidak diampunkanNYA akan dosa² kita, (wal`iyazubiLLAH
!)
عن أبي هريرة رضي
الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم
قال :
كل عمل ابن آدم يضاعف
الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف
قال الله عز وجل :
إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به يدع شهوته وطعامه من أجلي ، وللصائم فرحتان:
فرحة عند فطره وفرحة
عند لقاء ربه ، ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك ..
Maksud :
Setiap `amalan anak adam itu (sedeqahnya,
solah sunnahnya dan yang lainnya), dilipat-gandakan .. setiap satu kebaikan itu
dilipat-gandakan hingga sepuluh ganjaran sehingga tujuh ratus gandaan ..
Telah berfirman ALLAH `Azza wa jall :
Melainkan `ibadah puasa, AKU yang akan
memberikan ganjarannya kerana orang yang berpuasa itu menahan syahwatnya makan
minumnya kerana AKU .. dan bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan :
- ketika berbuka
- ketika bertemu Robb nya untuk mengambil
ganjaran yang dijanjikanNYA
Dan sesungguhnya bau hembusan nafas mulut
seseorang yang berpuasa itu lemua indah dan harum baunya di sisi ALLAH daripada
indahnya haruman kasturi ..
Dalam bulan romadhon yang mulia yang
penuh keberkatan ini, ALLAH ta`ala melipat-gandakan segala `amal `ibadah kita
kerana bulan ini merupakan satu bulan yang ALLAH rancangkan buat kita .. bulan
projek mega .. amat malang lagi rugilah kita bila datang bulan romadhon, kita
tidak sibuk dan merebut menjadi jutawan pahala dengan bersedeqah .. tapi bila
tiba bulan syawal, kita kalut lagi sibuk untuk memberi ‘angpau’ atau duit raya
kepada orang lain .. sedangkan keluar dari bulan romadhon, pahala sudah tidak
dilipat-gandakan lagi oleh NYA .. amat sedih kita hari ini tidak merebut
peluang keemasan peluang menjadi jutawan pahala itu ..
Nabi sollallahu `alaihi wa sallam bersabda :
Ketika aku menaiki anak tangga mimbar yang
pertama, Malaikat Jibril `alaihissalam datang kepadaKu lalu berkata :
Celakalah seorang
hamba yang melalui
bulan Ramadhan tetapi dia tidak diampuni (a`uzubiLLAH !) ..
Lalu aku pun
menjawab ‘Ameen (moga diperkenan ALLAH)’ ..
: شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ
"
Jabir bin `Abdullah rodhiyALLAHu `anhu menceritakan bahawa Nabi sollallahu `alaihi wa sallam naik ke atas mimbar .. Ketika Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menaiki anak tangga yang pertama, Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menyebut ‘ameen’, kemudian apabila menaiki anak tangga kedua , Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menyebut ‘ameen’, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menyebut ‘ameen’..
Lalu para sahabat bertanya : Kami mendengar Engkau menyebut ‘ameen’ tiga kali wahai Rosulallah ?
Nabi sollallahu `alaihi wa sallam menjawab :
Ketika aku menaiki
anak tangga pertama, Jibril `alaihissalam datang kepada Ku lalu berkata:
Celakalah seorang
hamba yang melalui bulan
Romadhon tetapi dia tidak diampuni .. Lalu Aku pun menjawab ‘ameen’..
Kemudian Jibril berkata : Celaka seorang hamba yang hidup ketika ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka sudah tua, tetapi hamba itu tidak dimasukkan ke dalam syurga .. Lalu aku menjawab: ‘ameen’.
Kemudian Jibril berkata: Celaka seorang hamba yang apabila nama Mu Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas mu .. Aku pun menjawab: ‘ameen’.
Kemudian Jibril berkata : Celaka seorang hamba yang hidup ketika ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka sudah tua, tetapi hamba itu tidak dimasukkan ke dalam syurga .. Lalu aku menjawab: ‘ameen’.
Kemudian Jibril berkata: Celaka seorang hamba yang apabila nama Mu Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas mu .. Aku pun menjawab: ‘ameen’.
Semoga `ibadah puasa dan segala `amal
`ibadah yang kita kerjakan tidak tergolong dalam golongan celaka sepertia yang
disabdakan Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam ..
w`alam ..
اللهم إنا نسئلك رضاك و الجنةَ و نعوذ بك من
سخطك و النار .. اللهم آميين ..
الفقير إلى الله :
فائز رمزي
فائز رمزي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan