Apakah yang dikatakan
dengan Qaza` (القزع ) ?
Di dalam kitab Nailul Autor karangan Syeikh Muhammad Bin `Ali Asy
Syaukani di dalam hadis² hukum berdasarkan hadis pada kitab toharoh (bersuci)
pada bab bersugi dan sunnah semulajadi manusia pada bab yang menyatakan
kebencian Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam pada Qaza` serta
keringanan dalam mencukur kepala, daripada `Umar bin Nafi` dan `Abdullah bin
`Umar bahawa Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam menegah mereka yang
melakukan Qaza` .. lalu telah bertanya Nafi` apakah itu Qaza`,
lalu Baginda Nabi menjawab bahawa Qaza` itu adalah bahawa :
engkau
mencukur kepala budak kecil lalu kamu meninggalkan sebahagian yang lainnya sama ada
mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi
meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut
belakang atau sebaliknya ..
عن نافع عن ابن عمر قال : نهى رسول الله صلى الله
عليه وسلم عن القزع ، فقيل لنافع: ما القزع ؟ قال : أن يحلق بعض
رأس الصبي ويترك بعض ..
** كتاب نيل الأوطار ،
أبواب السواك ز سنن الفطرة ، باب ما جآء فى كراهية القزع والرخصة فى حلق الرأس
Hukum
melakukan qaza‘
Adalah makruh
tanzih iaitu makruh yang tidak sampai kepada tahap pengharaman kerana ia
datang daripada hadis Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam secara zonni
tidak secara qot`ie .. Akan tetapi, sesuatu yang makruh itu merupakan
sesuatu yang bercanggah dengan sunnah Baginda dan Baginda sollallahu `alaihi wa
sallam sendiri tidak menggemarinya .. Maka seeloknyalah kita menyelisihi atau
meninggalkan perkara yang Nabi tak suka ..
Bahkan
telah sepakat `ulama menyatakan yang ia merupakan makruh tanzih
bukan makruh tahrim (sesuatu yang Nabi tak suka dan boleh menjerumuskan
kepada sesuatu yang haram) ..
Imam
Malik menyatakan bahawa ia makruh tak kira samada
lelaki ke yang buat mahupun perempuan ..
sebahagian `ulama
pula menyatakan ia makruh hanya pada lelaki akan tetapi sepakat mazhab bahawa
makruh itu tak mengira samada lelaki atau perempuan berdasarkan `umum hadis ..
Syeikh soleh
ibn `uthaimin pula meletakkan bahawa ia makruh
akan tetapi bila ia tasyabbuh (menyerupai) kaum kafir, munafiq
dan sebagainya, maka ia jatuh pada tahap haram tidak lagi
pada tahap makruh berdasarkan hadis menyerupai sesuatu kaum maka dia sebahagian
dari mereka ..
Menggunting
atau menipiskan rambut di bahagian tepid an belakang kepala tidaklah termasuk
dalam qaza` kerana ia hanya pada adab dan `adat (kebiasaan) .. w`alam ..
Adapun lelaki
kalau nak potong rambut, menjadi sunnah
juga jika dia ingin mencukur kesemua rambutnya atau meninggalkan kesemua tanpa
mencukur berdasarkan hadis daripada `Abdullah bin `Umar, riwayah Imam Ahmad,
Abu Dawood dan An Nasa’ie dengan sanad yang soheh :
احلقوا
كله أو ذروا كله
“cukurlah
semuanya atau biarkan semua tanpa cukur” ..
Bagi wanita
pula, makruh jika mereka ingin mencukur rambut mereka berdasarkan hadis
daripada saiyyidina `Ali yang telah dikeluarkan oleh An Nasa’ie :
نهى رسول
الله صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها
“Baginda Rasulullah
sollallahu `alaihi wa sallam menegah seorang wanita mencukur kepalanya” ..
Hikmah
Makruh Qaza`
Telah
berkata `ulama bahawa antara hikmah makruhnya Qaza` adalah :
- ia
mencacatkan atau menghodohkan penciptaan ALLAH `Azza wajall yang telah
sememangnya sempurna
-
mengelakkan daripada sama dengan ahli² syirik
-
mengelakkan daripada sama dengan orang² yahudi
-
membahayakan kepala
W`alam
..
الفقير إلى الله :
فائز رمزي
فائز رمزي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan