Khalifah terakhir Islam meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1924.
Hari
ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat
Islam di seluruh dunia. Dengan
sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah
mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman
Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan
bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924. Kamal
Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II
supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera
dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan
seterusnya membawanya ke Switzerland.
Di antara hobi pemimpin korup yang dikatakan sebagai 'Bapa Kemodenan Turki'
Atartuk
kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar
daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama
ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan
dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.Akhirnya
impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah
Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu
Mustafa Kamal laknatullah. Setelah
jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh
termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat. Kini,
telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan
pimpinan khalifah. Bagaimanakah
keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan
Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara
tercinta Malaysia ? Rata-rata
umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan
walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan
penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion). Persoalannya
: Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam
yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan