ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 10 Oktober 2011

Hukum Melintasi Seseorang Yang Sedang Solah






بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،

Hukum Melintasi Seseorang Yang Sedang Solah
حدثنا عبد الله بن يوسف قال: أخبرنا مالك عن أبي النضْر مولى عمر بن عبيد الله عن بسر بن سعيد أن زيد بن خالد أرسله إلى أبي جهيم يسأله ماذا سمع من رسول الله صلى الله عليه وسلم فى المآرّ بين يدى المصلى، فقال أبو جهَيم: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( لو يعلم المآرّ بين يدى المصلى ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمُرّ بين يديه )) قال أبو النضر: لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة..
-         رواه البخاري -
Terjemahan:
… “ telah menceritakan kepada kami `Abdullah bin Yusuf, telah mengkhabarkan kepada kami Malik daripada Abi Nadhr tuan kepada `Umar bin `Ubaidillah daripada Yasar bin Sa`id, bahawasanya Zaid bin Kholid telah mengutuskannya ( Abu Nadhr ) kepada Abi Juhaim agar bertanya kepadanya apakah yang telah engkau dengar daripada Baginda Rosul SAW berkenaan mereka yang melintasi seseorang yang sedang solah, lalu berkata Abu Juhaim: telah bersabda Baginda Nabi SAW:
(( kalaulah mereka yang melintasi  seseorang yang sedang bersolah itu mengetahui apakah yang akan dikenakan ( balasan ) ke atasnya, nescaya dia akan berhenti selama  40 lebih baik daripada dia terus melintasi orang yang sedang bersolah)) telah berkata Abu Nadhr: aku tidak mengetahui samada Baginda Nabi SAW memaksudkan  40 itu 40hari atau 40bulan atau 40tahun…”
-      Hadis Riwayah Imam al Bukhori –

Telah berkata  syeikh kami,  Duktur `Abdullah bin Muhammad Su`ud Aali Musa`id:
  • Orang yang solah berjema`ah, Imam adalah menjadi sutroh ( penghadang ) kepada mereka ( Makmum ).. Jadi, tidak mengapa sekiranya ada yang melintasi kita ( Makmum ) yang sedang solah secara berjema`ah.. Adapun Imam, sunnah bagi dia meletakkan sutroh dihadapannya..
  •  Bagi mereka yang solah Munfarid ( berseorangan ), sunnah ke atasnya meletakkan tanda dihadapannya seperti meletakkan beg, kayu tongkat atau sebagainya sebagai sutroh..
  •  Mereka yang melintasi seseorang yang sedang solah, hendaklah orang yang dilintasi itu menghadang samada dengan tangan atau apa-apa yang mampu keatasnya untuk menghalang mereka yang melintasi tersebut.. Sehinggakan, dibolehkan pada kita yang sedang solah itu memeranginya ( `ibarat kepada mengelakkan mereka yang melintasi  dari terjebak dalam lembah dosa )..

Ditanya kepada syeikh:
  • wahai syeikh, apakah HUKUM mereka yang melintasi  seseorang yang sedang solah sunnah dalam keadaan kita sekarang di el-harom madani ( Masjid Nabawi ) ini dibanjiri dengan jema`ah Hujjaj dari pelbagai Negara..??
 syeikh menjawab: hendaklah kamu solah di satu tempat yang agaknya orang ramai tak melintasiMu seperti di tiang dan sebagainya.. Dan sekiranya orang ramai melintasiMu juga dalam keadaan kamu begitu, kamu tetap kena menghalangnya sedaya yang mampu..

  •  Telah berkata Syeikh Muhammad bin Soleh el-`uthaimin tika mana ditanya berkenaan HUKUM mereka yang melintasi orang yang sedang mengerjakan solah di el-harom Makki ( Masjidil Haram Makkah ) atau masjid yang lainnya samada solah fardhu atau sunnah, secara berjema`ah atau berseorangan:
BBerkata syeikh Muhammad bin Soleh el-`uthaimin: adapun orang yang berjalan melintasi Makmum, tidak mengapa  ( لا بأس به ) samada dia ( Makmum ) itu el-harom Makki mahupun masjid-masjid yang lainnya berdasarkan Hadis,
..“ Ibnu `Abbas r.`anhuma telah mendatangi Nabi SAW  di Mina, dalam keadaan Nabi SAW sedang solah mengimami orang ramai tanpa ada dinding ( solah ditengah laman ).. Maka Ibnu `Umar r.`anhuma melintasi antara saf dalam keadaan dia menunggang himar ( keldai ) dan perbuatan ibnu `Umar r.`anhuma itu tidak diingkari ( ditegah ) oleh Baginda Nabi SAW sendiri..”
-      Hadis Dikeluarkan Oleh Imam al Bukhori –

AAdapun apabila seseorang itu solah sebagai Imam atau Munfarid ( bersendirian ), maka TIDAK HARUS kita melintasinya tak kiralah samada dia itu sedang solah di el-harom Makki atau selainnya berdasakan ke`umuman dalil tersebut.. ini kerana dalil bukanlah menunjukkan kepada pengkhususan Negeri Makkah semata-mata..

w`alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails