ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sabtu, 25 Jun 2011

Semut

حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٌ۬ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَـٰكِنَڪُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَـٰنُ وَجُنُودُهُ ۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ



....“ Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut², masuklah ke dalam sarang²mu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, kerana mereka tidak menyadari...”

- An Naml: 18 -



Semut
Kerja semut adalah menghimpun makanan tanpa henti tak mengira siang dan malam, pagi juga petang.. Mereka akan berusaha tanpa henti dan rehat.. Belum pernah bukan, kita melihat bahawa seekor semut itu terbaring lantas keletihan dek kerana bekerja seharian tanpa henti atau istilah lainnya ( twenty four seven ).. Semut hanya akan diusung oleh teman²nya setelah ia mati.. Selebihnya, waktu semut akan diisi dengan bekerja........ bekerja........ dan teruskan lagi bekerja..



Semut Yang Rajin
Tahukah kita bahawa semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang lebih lama sedangkan jangka hayat seekor semut itu tidaklah begitu lama jika dibandingkan dengan bekalan makanan yang mereka himpun.. Apa yang penting bagi mereka, motif mereka adalah menghimpun jumlah makanan sebanyak mumkin seolah-olah mereka tidak akan mati dan akan terus hidup buat selamanya.. Apabila ALLAH `Azza Wajall  menghendaki untuk membinasakan semut, DIA  terbangkan semua semut itu dengan dua sayapnya.. Begitu juga dengan anai².. Bilamana ALLAH `Azza Wajall hendak membinasakannya, ALLAH berikan mereka sayap.. Bila sahaja sudah bersayap, anai² pun akan keluar menjadi kelkatu.. Kelkatu ini  bilamana  mendapat sayap ( ni`mat ), dia akan cuba melawan api..



FirmanNYA:



وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا طَـٰٓٮِٕرٍ۬ يَطِيرُ بِجَنَاحَيۡهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمۡثَالُكُم‌ مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِمۡ يُحۡشَرُونَ



Yang bermaksud:

 ....“Dan tiadalah bintang² yang ada di bumi dan burung² yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat² juga seperti kamu.. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan...”

- Al An`aam: 38 -



Alangkah tamaknya seekor semut itu sehinggakan kadang² ia akan mengusung makanan atau benda yang mana semut itu sendiri tidak mampu untuk mengangkatnya bahkan dia sendiri tak mampu untuk menghabiskan kuantiti makanan atau benda yang dibawanya itu ( MasyaALLAH..! ).. Begitu juga dengan manusia.. Berusaha siang, malam, pagi dan petang mengumpul harta.. Tapi dalam masa yang sama mereka melupakan bahawa itu semua adalah ni`mat daripada ALLAH `Azza wajall yang DIA kurniakan sedikit dari sisiNYA kepada kita..



Sama² kita mengambil i`tibar daripada haiwan bernama semut yang ALLAH Ta`ala telah ciptakan di atas muka bumiNYA  ini ( insyaALLAH )..



...“ Maka apakah mereka tak berjalan di atas muka bumi ALLAH sedang mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar.?? Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah mata hati ( wal`iyazubillah )...”

- Al Hajj: 46 -



*w`alam..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails