Mohon Dimatikan Dalam Hal Keadaan Seorang Yang Miskin
اللهم توفني اليك فقيرا ولا توفني غنيا واحشرني في زمرة المساكين يوم القيامة........
Ya ALLAH wafatkan daku dalam hal keadaan daku berjumpa dengan DIKAU, daku ini sebagai orang yang fakir dan janganlah wafatkan daku sebagai orang yang kaya serta hidupkanlah daku dalam golongan orang-orang miskin di hari akhirat....”
Imam Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqolaniy membahaskan berkenaan dengan maksud kemiskinan dalam hadis tersebut kepada ma'na meminta KETENANGAN HATI...
Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari pula berkata bahawa maksud sebenar bagi meminta kemiskinan dalam hadis tersebut ialah meminta MERENDAH DIRI supaya tidak tergolong ke dalam golongan orang² kaya yang mempunyai sikap bongkak diri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan