ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Ahad, 17 April 2011

sunnatuLLAH pada penciptaan Manusia.. tiap yang bernyawa pasti menemui maut.. tak lewat dan tak cepat walau sedetik..!

عنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَكمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَومًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْه ِالرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إله غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكم لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْه ِالْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَه وبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا ))... - رواه البخاري و مسلم-



Daripada Abu 'Abdul Rahman 'Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda SAW adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama(40hari), kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama(40hari), kemudian dikirimkan kepadanya malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia(Malaikat) diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.... Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNYA, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan ber'amal dengan 'amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta.. lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan 'amalan ahli neraka lalu dia dimasukkan ke dalam neraka(waL'iyazubiLLAH..!). Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan ber'amal dengan 'amalan ahli neraka(waLll'iyazubiLLAH..!), sehingga jarak antaranya dengan pintu neraka tidak lebih dari sehasta.. lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan 'amalan ahli syurga lalu dia dimasukkan ke dalam syurga ALLAH SWT(MasyALLAH tabarokALLAH..!)..

- Hadis Riwayah lmam Bukhari dan Muslim -


*Semoga ruh sahabatku nash @ iszuddin nordin ditempatkan di kalangan orang² MUTTAQIN..wa SANGAT rindu dan amat menyayangimu wahai al-marhum..! hanya do'a mampuku kirimkan buatmu..Salam Ta'ziyyah juga buat keluarga al-marhum...:'(اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنان.. ولا تجعل قبره حفرة من حفر النيران...! اللهم
آمييييييييين....!

- pesanan buat diriku yang faqir lagi hina di sisiNYA, yang lepas dan telah pergi biarkan ia berlalu.. Jadikan itu motivasi diri untuk berubah.. Jangan putus asa.. yang masih hidup kena teruskan pengorbanan untuk memperbanyakkan 'amal pada 'azza wajall..

w'alam.....
nash @nur iszudin nordin - tiga dari kiri(berdiri)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails