10 WASIAT IMAMUNA SYAFI'E ROHIMAHULLAH |
Sebelum Imam Syafi'e RohimahuLLAH pulang ke rahmatuLLAH, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan ummah Islam seluruhnya..
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
..."Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia meng'amalkan sepuluh perkara...."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI ~ Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada...
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT ~ Mengqadhakan kewajipan² yang tertinggal, mendapatkan kema'afan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH..
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR ~ Membuang tabi'at suka menabur fitnah, membuang tabi'at kencing merata-rata, memperbanyakkan solah Tahajjud dan membantu orang² yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR ~ Tidak berdusta, berkata perkara benar, meninggalkan ma'siat dan saling nasihat-menasihati...
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN 'AMAL PADA HARI QIYAMAH) ~ Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan 'amalan dan sanggup menanggung kesusahan...
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) ~ Membuang tabi'at suka mengumpat, bersikap wara', suka membantu orang beriman dan suka berjema'ah...
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) ~ Menangis lantaran takutkan ALLAH 'Azza wajall, berbuat baik kepada ibu bapa bersedeqah secara terang-terangan(untuk menggalakkan orang lain turut bersedeqah) serta sembunyi²(untuk mengelakkan timbul rasa sum'ah dalam diri, iaitu membuat 'amal bertujuan orang lain tahu) dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) ~ Berasa redha dengan Qadha ALLAH, bersabar menerima
balaNYA, bersyukur ke atas ni'mat ALLAH dan bertaubah dari melakukan ma'siat...
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW ~ Berselawat ke atas Baginda Nabi SAW, berpegang dengan syari'at bawaan Baginda, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan ALLAH...
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH 'Azza wajall ~ Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari berbuat kemungkaran, menyukai keta'atan dan membenci kema'siatan...
*wallahu a'alam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan