ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 14 Februari 2011

MaulidurRasul - Melihat Dan Menilai Dengan Mata Hati

 Aku sekadar nak berkongsi cerita,tentang junjungan mulia Muhammad SAW yang sangat aku,kamu dan dia cintai. Tak lama lagi kita sekali lagi akan menyambut detik 12 Rabiul Awwal di mana pada bulan inilah lahirnya Baginda SAW. Kelahiran Baginda bukanlah seperti lahirnya anak-anak adam yan lain. Tetapi kelahiran Baginda membawa 1001 rahmat dan berkat buat seluruh warga sarwajagat.
     Sahabat sekelian, hari ini aku bukan nak berkongsi dengan anda semua tentang saat kelahiran Baginda yang ditunggu oleh semua manusia hinggakan bapa saudara Baginda bersorak kegembiraan walaupun pada akhirnya dialah penentang utama dakwah Baginda. Crita tu semua orang dah tau. Kerana saban tahun,telinga kita telah dipasakkan dengan cerita-cerita yang seumpama dengannya.

     Tapi sahabat sekelian, hari ini aku cuba untuk membawa kalian semua ke sebuah dimensi berbeza. Kita cuba bercerita dalam nuansa yang sedikit canggung untuk kita berbicara. Iaitu,di mana kita dalam diri Baginda Muhammad SAW yang sering kita kata bahawa kitalah umat yan paling menyintai Baginda mengalahkan yang lainnya?
     1. Akhlak.
Suatu hal yang kita yakin dan percaya,bahawa diutuskan Baginda adalah untuk menyempurnakan akhlak. Hari ni,sikap anak muda kita kian terselak, mereka sudah tidak segan silu untuk terpekik dan melalak. Waima yang bukan berpindidikan agama atau yang agamanya kuat terpasak. Namun inilah realiti yang terjadi. Sumpah seranah,mengadu domba, iri hati, busuk hati sesama insani kian membajai dalam setiap jiwa manusia kini. Apa yang lebih malang adalah apabila mereka yang mendabik dada kononnya lebih Islam dari yang lainnya, sudah tidak ada bezanya. Apakah jaminan pakaian itu melambangkan kita yang terbaik? Hinggakan kita melihat mereka yang tidak sefikrah kononnya sudah terbalik? Renung-renungkan..
    2. Ilmu.
Kata orang,jatuh bangunnya sesebuah tamadun dan bangsa adalah kerana Ilmunya. Kita lihat bagaimana kerajaan Kordova diangkat kerana ilmunya. Bagaimana bangsa jahiliyah dimuliakan kerana ilmunya. Namun jika ilmu tidak dikuasai, ulamak dan para guru sudah tidak lagi dihormati, majlis ilmu kian dijauhi maka tibalah saat dan waktu,terhumban jauhlah sesuatu bangsa itu,kerana Firman Allah sangat jelas bahawasanya seseorang itu akan diangkat martabatnya denganilmu yang dimiliki. Tapi realiti hari ini, apabila ada segelintir kita yang sudah tidak lagi berpegang kepada amanah. Menjadi jaguh dalam sesuatu isu tapi kosong 'sesuatu di dada'. Apakah hari ini ilmu itu sudah tidak bermakna? Lantaran kita sanggup menanggalkannya semata-mata ingin mengisi sedikit dari 'lakonan dunia?' Apa yang kita kejar sebenarnya? Hari ini,berapa ramai dalam kalangan kita yang tidak fasih bebahasa arab sedangkan mengikuti pengajian Islam. Belajar dengan tokoh-tokoh dan ulamak dari negara arab. Dihidangkan dengan bahasa arab seawal usia 13 tahun namun hingga kini,mereka gagal untuk berkomunikasi. Kerana apa? Kerana ilmu tidak lagi diangkat. Manusia hidup dalam gelap zulumat. Lebih pentingkan rambut yang perlu disikat,lumur minyak biar hitam berkilat. Idam rumah besar bertingkat-tingkat,berangan kaya tak ingin hidup melarat,tapi ilmunya? Tepuk dada tanya iman.
     3. Cinta.
Bila disebut perkataan cinta pasti setiap dari kita akan berbunga riang.Masakan tidak,kerana cinta mampu mengubah si bakhil menjadi pemurah! Ironinya,bila ditanya adakah kita mencintai Baginda Muhammad SAW? jawapannya pasti YA! Saya mencintai manusia agong itu dengan sepenuh jiwa dan raga,tanpa ragu ataupun curiga. Tetapi,segala tindak tanduknya berlawanan sama sekali. Ya,siapalah kita untuk menilai hati manusia. Kita tak mampu untuk menebak apakah yang bersarang dalam jiwa mereka. Sebab itu,kita tak boleh sama sekali menilai mereka dari cara pemakaian sahaja. Adakah mereka yang pakai seluar jeans,cap,shawl itu lebih nipis imannya berbanding mereka yang berjubah dan berserban? Apakah iman itu letaknya pada pakaian? Tentu tidak. Kita hanya mampu dan boleh menghukum yang zahir sahaja. Apa yang berlaku dalam jiwa mereka,biarlah Allah yang tentukan. Jangan sekali-kali kita cuba untuk mengambil alih kerja Allah. Siapa kita untuk menilai manusia itu aik atau jahat? Adakah kita sudah cukup baik? Adakah amalan kita hari ini sudah cukup untuk membawa kita ke syurga? Apakah kita sudah dijamin syurga? Ingat,kalaupun kita ditakdirkan untuk menghuni syurga Allah,bukanlah kerana segala amalan kita. Tapi kerana rahmat dan kasih sayang dariNya.
     Jadi,sempena sambutan Maulidur Rasul ini,jangan lah kita semata-mata seronok belarak dan membawa sepanduk sahaja,tapi apa yang jauh lebih penting adalah rasa cinta kita terhadap Baginda akan terus menyala dan membara pada setiap saat dan ketika. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat dan sala ke atas Junjungan Besar Muhammad SAW sebagai tanda rasa cinta kita kepadaNya. Akhirnya,jika anda benar-benar umat yang terbaik, maafkanlah segala kesalahan manusia lain terhadap kita walaupun mereka tidak datang untuk memohon maaf dari kita. Memaafkan itu jauh lebih baik daripada dimaafkan. Renungkan dan selamat beramal..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails