ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 12 Ogos 2010

Beberapa FadhiLat(kelebihan) dalam buLan Romadhon



1.Abu Hurairoh r.a. meriwayatkan bahawa Rosulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah(syurga) yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Romadhon. Pada malam terakhir Romadhon (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rosulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rosulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."    
2.’Ubadah Bin Somit r.a. meriwayatkan bahawa Rosulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Romadhon hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Romadhon, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Ta’ala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
3.Abu Sa'id Al Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rosulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Romadhon, Allahu Tabaraka wa Ta’ala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam do’anya pasti akan diterima."
4.Abu Huroiroh r.a. meriwayatkan bahawa Rosulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang do’a mereka tidak ditolak; do’a daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang ‘adil, dan orang yang dizalimi yang kerana do’anya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
5.Abu Huroiroh r.a. meriwayatkan bahawa Rosulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Romadhon tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun berpuasa ia sehingga ke akhir hayatnya."
*wallahu wa Rosuluhu a’alam*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails