Dalam sebuah hadis, ......." baginda Rosulullah SAW bersabda: TIGA perkara yang termasuk dalam 'amalan kasar(kurang akhlak) jika kita melakukannya, antaranya adalah
- seseorang yang apabila ia SOLAH, ia menyapu debu atau apa2 yang terdapat di dahinya sebelum selesai ia SOLAH,
- seseorang yang sedang SOLAH, ia meniup debu tanah di tempat wajahnya(tempat sujudnya)
- seseorang yang apabila ingin BUANG AIR KECIL(kencing), dia membuatnya dalam hal keadaan berdiri ......." ( al- HadiS )
Majoriti masyarakat kita hari nih melazimkan diri mereka kencing dalam keadaan BERDIRI atas alasan, mudah nak buka seluar tak payah nak buka semua cukup sekadar zip, senang!! sebab abis2 tuh sapu kat dinding jea?? tak mercik kena seluar lar??.... huhu persoalannya adakah baginda Nabi SAW menggalakkan kita melakukan sedemikian tatkala kita buang air kecil??
Dalam sebuah asar, Saiyyidatina 'Aesyah ada menyatakan bahawa ......" Sesiapa yang menyatakan kepada kalian bahawa Baginda Nabi SAW pernah membuang air kecil dalam keadaan berdiri, maka janglah kalian membenarkannya kerana Baginda TIDAK pernah membuang air kecil MELAINKAN dalam keadaan DUDUK ......" ( Hadis Riwayah Imam Ahmad, Tirmizi & iBnu majaH )
Berdasarkan asar daripada 'Aesyah di atas, 'ULAMAK mengkategorikan bahawa HUKUM kencing berdiri adalah MAKRUH dan TIDAK BERADAB kerana antara adab2 ketika berQODO hajah, antaranya hendaklah dalam keadaan tidak menghadap qiblah atau membelakanginya, dalam KEADAAN DUDUK, dalam keadaan ada hijab( dinding ), tidak kencing di air yang tenang dan sebagainya....
Namun, 'ULAMAK juga turut mengkategorikan bahawa kencing dalam hal keadaan BERDIRI diHARUSkan kepada sesiapa yang 'uzur( tidak terdaya) untuk buang air samada kecil atau besar dalam keadaan duduk...
Kesimpulannya, kencing ataupun membuang air kecil atau besar dalam hal keadaan BERDIRI adalah MAKRUH ataupun HARUS mengikut khilaf(perbezaan) 'ULAMAK... Yang terAMAT baik bagi kita adalah untuk berQODO hajah dalam keadaan DUDUK kerana itu adalah 'amalan dan AKHLAK yang berdasarkan hadis ........" Kencing dalam keadaan DUDUK lebih aku(Nabi) sukai ......"
- wallahu waRosuluhu 'alam -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan