ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 8 Februari 2010

08 February 2010


Mahasiswa Universiti Malaya Hilang Intelek


Baru-baru ini saya menemani ayah saya mengikuti sebuah kursus yang dianjurkan oleh pihak Akademi Zakat Selangor di Bakau Gruve, Morib. Kursus yang dijalankan ini adalah kursus berbentuk keagamaan yang dijalankan oleh sebuah consultant.

Kebetulan pada masa yang sama, ada rombongan kursus pelajar-pelajar Universiti Malaya yang turut sama berkursus di Bakau Gruve tersebut. Mereka merupakan peserta ahli jawatan kuasa Festival Seni Universiti Malaya yang berkursus di dewan bersebelahan.

Pada sebelah siangnya kursus tersebut berjalan dengan baik dan harmoni. Namun begitu, suasana berubah selepas solat Fardhu Maghrib. Ketika kami para peserta sedang menjalankan sesi tazkirah Maghrib, kedengaran suara nyanyian karaeoke daripada pelajar-pelajar Universiti Malaya. Perkara ini berlanjutan sehingga kami selesai menunaikan solat Fardhu Isya.

Apabila kami ke dewan makan, kelihatan para peserta bercampur lelaki dan perempuan sedang bernyanyi-nyanyi di dalam gelap. Tersentuh dihati saya sebagai seorang anak muda, adakah ini wajah cerminan seorang mahasiswa sebuah Universiti.

Bahkan semasa kami menjamah hidangan minum malam, mereka tetap meneruskan aktiviti kareaoke disebelah kami. Kelihatan dibelakang baju mereka tertera tulisan Universiti Malaya, Gerak UM, dan FESENI.

Sedih hati memikirkan sikap mahasiswa Universiti yang tidak pandai menjaga adab dihadapan orang yang lebih tua. Andai mahu berkaraeoke sekalipun, pilihlah tempat yang tertutup iaitu di dalam dewan.

Tertanya di dalam diri saya, beginikah cara Universiti Malaya mendidik pelajar-pelajarnya. Andai kata begini caranya, ke manakah hala tuju pelajar-pelajar yang bergelar Universiti terulung ini.

Andai sebelum ini saya sukar mempercayai bahawa pelajar Universiti lebih cenderung kepada hiburan, tetapi kini sebaliknya. Bukan setakat hiburan, tetapi sudah hilang adab dan sopan. Universiti Malaya yang dahulunya terkenal dengan student power yang membela masyarakat, kini mahasiswanya sudah ketandusan adab dan tatasusila.

Omega Plus @ KA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails