SEMBAHYANG GERHANA MATAHARI DAN BULAN
PENGERTIAN :
Al kusuf (bil kaaf) iaitu gerhana matahari , pada bahasa membawa maksud ia digunakan pada ketika cahaya matahari terlindung samaada sebahagiannya atau keseluruhannya
Al khusuf (bil kho) pula, iaitu gerhana bulan, digunakan pada ketika cahaya bulan terlindung samaada sebahagiannya atau keseluruhannya.. Walaubagaimanapun, kedua- dua kalimah tersebut boleh digunakan dengan ma’na gerhana matahari atau gerhana bulan..
Sembahyang gerhana matahri dan gerhana bulan ini disyari’atkan bertujuan supaya orang Islam kembali dan bermunajah kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL agar dihilangkan bala yang menimpa serta dikembalikan semula cahaya..
MASA DISYARI’ATKAN:
Sembahyang gerhana matahari telah disyari’atkan pada tahun kedua hijriyyah.. Manakala sembahyang gerhana bulan disyari’atkan pada tahun yang kelima daripada hijriyyah..
HUKUMNYA
Hukum pada menyatakan sembahyang gerhana adalah sunnah MUAKKAD.. Ini kerana sabda baginda Nabi sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim (9140 :
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتًمْ ذَلِكَ فَصَلُّواْ وَادْعُواْ حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ “ “
Yang bermaksud: Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua daripada tanda- tanda kebesaran ALLAH ‘AZZA WAJALL! Tidak akan terjadi gerhana kedua- duanya dengan sebab kematian seseorang mahupun dengan hidupnya seseorang diatas muka bumi ini.. Oleh itu pada bila mana kamu melihat gerhana itu berlaku, maka tunaikanlah solah sunnah dan berdo’alah kamu sehingga hilang atas apa yang telah berlaku dan yang telah menimpa mu iaitu bala kegelapan
Perintah sembahyang dalam hadis ini meruju’ kepada bahawasanya ia tidaklah wajib.. Ini berdasarkan kepada hadis lain yang membawa maksud:
“ Seorang ‘arab Badwiy telah datang kepada Baginda Rosul Sollallahu ‘alaih wa sallam bertanya berkenaan sembahyang lima waktu kemudian dia bertanya lagi, apakah ada lagi sembahyang lain yang menjadi wajib atas ku selain daripada itu ?? lantas baginda Nabi menjawab, tidak! Akan tetapi tunaikanlah sembahyang- sembahyang yang sunnah.. ( Imam Bukhori :46, Imam Muslim :11 )
Sembahyang gerhana ini juga sunnah dilakukan secara berjema’ah dan sunnah dilaungkan ketika hendak mendirikannya dengan kalimah “ الصَّلا َةُ جَامِعَة “ ..
CARA- CARA HENDAK MENUNAIKANNYA
Sembahyang gerhana ini mempunyai dua roka’at dan orang yang hendak menunaikannya mestilah berniah samaada hendak menunaikan sembahyang sunnah gerhana matahari atau sembahyang sunnah gerhana bulan..
Sembahyang gerhana mempunyai dua cara, iaitu:
Pertama :- tahap minimum
Kedua :- tahap yang sempurna
Cara Pertama
Dilakukan pada setiap roka’ah dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku’ tanpa memanjangkan (berdiri, membaca dan ruku’ kemudian berdiri, membaca dan ruku’).. Adapun sembahyang gerhana yang didirikan dengan hanya dua kali berdiri dan dua kali ruku’ seperti solah jum’ah, tetap ia menjadi sah.. Akan tetapi ia telah dikira seolah- olah telah meninggalkan fadhilah solah tersebut kerana melakukan perkara yang berlawanan dengan apa yang telah dilakukan oleh Baginda Rosulullah
Cara kedua
Dilakukan pada setiap roka’ah dengan dua kali berdiri.. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang dengan dibaca selepas suroh al-Fatihsh, surah al-Baqoroh atau surah- surah yang lainnya yang mana surah- surah tersebut ia menyamai dengan al-baqoroh, ini bagi roka’ah pertama sebelum ruku’ pertama.. Manakala bagi berdiri yang kali keduanya sebelum ruku’ kedua pada roka’ah pertama, dibaca pula ayat yang menyamai dengan kira-kira kurang lebihia 200 ayat..
Adapun bacaan pada ketika berdiri kali pertama di roka’ah kedua sebelum ruku’ yang pertama, bacaanya yang dilakukan oleh Baginda Nabi adalah sekadar 150 ayat.. Manakala di ketika berdiri kali kedua pada roka’ah kedua sebelum ruku’ kedua adalah bacaan yang menyamai dengan 100 ayat daripada suroh al-Baqoroh.. Kemudian apabila ruku’nya pula, maka dipanjangkan sehingga menyamai kurang lebih dengan bacaan 100 ayat, ruku’ kedua pula kurang lebih 80 ayat, ruku’ ketiga hanya kurang lebih sekadar 70 ayat, dan pada ruku’ yang keempat pula sekadar 50 ayat..
Tatkala sembahyang telah sempurna didirikan, maka Imam pun akan berdiri untuk memberi khutbah dengan dua khutbah.. Rukun- rukun dan syarat- syaratnya adalah sama sepertidua khutbah jum’ah dengan mendorong orang ramai supaya kembali berTAQWA kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL dan bertaubat kepadaNya dengan melakukan kebaikan serta member peringatan agar tidak terlalai dan tidak terpedaya dengan helah hidup dunia..
At-tirmiziy(562) meriwayahkan dalam hadisnya daripada Samuroh bin Junduh RodhiyAllaahu ‘aNh bahawasanya dia berkata :
“ Kami telah sembahyang gerhana matahari(al- kusuf) bersama-sama dengan Baginda Nabi dan kami tidak mendengar suara bacaan daripadanya ” ..
Imamul bukhoriy(1016) dan Imamu Musliem(901) dalam kitab sohehnya meriwayahkan daripada ‘aEsya RodhiyAllahu ‘aNha telah berkata :
“ Nabi menyaringkan bacaanya pada ketika sembahyang gerhana bulan “..
Difahami daripada kedua-dua dalil daripada hadis tersebut bahawa hadis yang pertama menunjukkan solah gerhana matahari kerana ia berlaku pada siang hari.. Adapun dalil daripada hadis yang kedua menunjukkan bahawa ia adalah gerhana bulan kerana ianya berlaku pada waktu malam..
Diantara dalil lain yang menunjukkan cara yang kedua adalah menerusi hadis yang telah diriwayahkan oleh Imamul Bukhoriy(947) dan Imamu Musliem(901) daripada ‘aEsyah RodhiAllahu ‘aNha, katanya :
“ Gerhana matahri telah berlaku pada ketika hidup Nabi.. Baginda keluar ke masjid.. Kemudian Baginda berdiri dan bertakbir, kemudian diikuti oleh orang ramai yang berada di belakang Baginda.. Baginda membaca bacaan yang panjang.. kemudian bertakbir, lalu ruku’ dengan ruku’ yang agak lame.. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya sambil berkata “ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه “.. Kemudian berdiri semula dan membaca bacaan yang panjang hal keadaan kurang sedikit daripada berdiri yang pertama.. Kemudian Baginda bertakbir dan ruku’ hal keadaan pendek sedikit daripada ruku’ yang pertama kemudian Baginda berkata “ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه “ dan terus sujud (menurut setengah riwayat Baginda memanjangkan sujudnya).. Kemudian baginda lakukan pada roka’ah kedua seumpama dengan yang baginda lakukan pada roka’ah pertama sehingga sempurna empat kali ruku’ iaitu sempurna empat kali ruku’ dan empat kali sujud.. Dan matahri pun mula muncul sebelum Baginda selesai sembahyang.. kemudian Baginda bangun berkhutbah kepada orang ramai dengan dimulakan pujian yang selayak-layaknya bagi ALLAH ‘AZZA WAJALL “ dan baginda bersabda :
“ Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua petanda daripada petanda-petanda kebesaran ALLAH ‘AZZA WAJALL yang mana kedua-duanya tidak akan menjadi gerhana disebabkan mati mahupun hidupnya seseorang itu di ateh muke bomi ALLAH ini! Oleh itu, pada bila mana kamu melihat berlakunya gerhana itu, maka tunaikanlah solah sunnah dan berdo’alah kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL sehingga settle gerhana itu “..
Dalam riwayah lain, Baginda Nabi bersabda :
“ Apabila kamu melihat berlakunya demikian itu iaitu gerhana matahari mahupun bulan, maka berdo’alah kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL dan bertakbir serta bersembahyanglah kamu dan banyak besedeqah “..
Peristiwa gerhana matahari yang disebut dalam hadis diatas adalah bertepatan dengan hari dimana anak Baginda Nabi yang bernama Ibrohiem meninggal dunia.. Dan orang-orang Islam sebelum kedatangan Islam(zaman jahiliyyah) mempercayai bahawasaya salah seorang pembesar Negara telah mati pada ketika mana beerlakunya gerhana bulan atau matahari.. Oleh itu, sangkaan itu maseh wujud ketika melihat gerhana matahari yang mana bertepatan dengan hari meninggalnya anak Baginda.. Lantas Baginda menyangkalnya dengan bersabda “
“ kedua-duanya tidak akan menjadi gerhana disebabkan mati mahupun hidupnya seseorang itu di ateh muke bomi ALLAH ini! “
SEMBAHYANG GERHANA TIDAK DIQODHOK
Apabila seseorang itu luput baginya waktu untuk menunaikan sembahyang sunnah gerhana matahari ataupun bulan, dalam hal keadaan matahari ataupun bulan itu telahpun berada dalam keadaan seperti sedia kala, maka tidak dia dituntut untuk mengqodhokkan solahnya itu kerana sembahyang gerhana ini hanyalah sembahyang yang disertai dengan sebab.. Maka diketika mana matahri atau bulan itu berada dalam hal keadaan sedia kala, tidaklah lagi jatuh hukum atas seseorang untuk menunaikannya lagi..
MANDI UNTUK SEMBAHYANG GERHANA
Disunnahkan untuk seseorang yang hendak menunaikan sembahyang gerhana untuk mandi kerana sembahyang gerhana itu sama maksudnya dengan smbahyang jum’ah dari sudut pandangan berhimpun dan sunnah pada berjema’ahnya ia…
- W’alam -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan