Arak Menjadi Madu Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar
di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau
terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan
kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.
Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila ter...lihat keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi
Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan
terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu
ialah khamar(arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda
tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya
telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah
oleh agama Islam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar
Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama Islam
itu. Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini
berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat
sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh
Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu.
Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah,
sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah
Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau
kendi itu masih berisi khamar. Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar
diminum maka tidak diterima Allah 'amal fardhu dan sunatnya selama tiga
hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak
menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum
khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika
ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah,
"Darah bercampur nanah hasil dari kalangan ahli neraka ! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan