ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 3 September 2010

Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?? by dR.'asri

sinar.jpg

Soalan : Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?

Ina, Johor

Jawapan Dr MAZA : Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.


8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.

sumber - http://drmaza.com/home/?p=1220 

zakat FiTraH!!

Zakat fitrah merupakan Rukun Islam yang keempat sesudah rukun Islam, berpuasa di bulan ramadhon.

....." di dalam sebuah hadis yang telah diriwayahkan daripada ibnu 'uMar r.a, Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum, ke atas hamba yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang yang dewasa daripada kaum muslimin.. dan perintah untuk menunaikannya adalah sebelum keluar menunaikan  solah(sebelum solah sunnah 'eid fiTr)....."
- riwayah iMam Bukhori & MusLim -

Imam mazhab Maliki , Syafi'e dan hambaLi mengatakan bahawa  zakat fitrah hendaklah dibayar dalam bentuk makanan asasi kecuali iMam mazhab Hanafi.
 
Namun, JUMHUR 'ulama mengatakan bahawa  HARUS mengeluarkan zakat fitrah dengan menggunakan DUIT atas alasan lebih memudahkan dan sesuai di zaman sekarang.

Oleh itu, sama-samalah kita menunaikan keWAJIBan tuntutan zakat ini!! ZAKAT FITRAH bagi negeri Pulau Pinang mengikut ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan kawasan yang sama timing dengannya pada tahun ini, 1431hijriy adalah sebanyak RM7.00 (ringgit Malaysia tujuh sahaja).. :)

* wallahu wa Rosuluhu a'alam *



Rabu, 1 September 2010

LailaTuL QaDr


       Di dalam bulan ramadhon, pada 10 malam yang terakhir ini merupakan antara malam-malam yang menjadi tumpuan dan perhatian bagi mereka-mereka yang berIMAN yang ingin untuk mencapai darjat serta martabah TAQWA di sisi ALLAH SWT yang Maha Mencipta. Pada malam-malam tersebut penuh dengan kerahmatan dan keberkatan yang dilimpahkan ALLAH yang ia dinananti-nantikan dan ditunggu-tunggu oleh mereka yang ingin mencapai darjah TAQWA yang mana, jika dilihat dari persepektif  mahasiswa/wi pula tatkala dihujung sesi pengajian mereka akan berlumba-lumba dan berebut-rebut untuk menduduki peperiksaan dengan mencapai Anugerah Dekan(AD)....:)

Terdapat kisah Para sahabat Nabi yang risau kerana tidak dapat berjihad dan ber'ibadah sama seperti ummah yang  terdahulu, misalnya Bani Israel yang berjihad serta ber'ibadah  selama lebih  80 tahun tanpa ada melakukan ma'siyyah. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu yang mana pahala bagi mereka yang ber'ibadah pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan iaitu sekitar 84 tahun. Firman ALLAH SWT dalam al-QurAn suroh yang ke97 al-QadR aya1-5 yang bermaksud :

......." Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,[1]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?[2]Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.[3]Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);[4]Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! [5] ....."

 Malam Lailatul Qadr ini tidaklah panas dan tidaklah sejuk dan pada paginya pula matahari naik tidaklah banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

.......“ Pagi hari (setelah) Lailatul Qadr, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi......” 
-Hadis riwayah Muslim-

Nabi SAW menyuruh umatnya mencari Lailatul qadr pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil kerana Allah itu amat suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada solah yang ganjil bilangannya seperti solah witir.
....." Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadr pada malam ganjil 10 hari yang terakhir...."
Waktu lailatul qadr tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain.
Imam Ghazali mempunyai formula tersendiri untuk mengira lailatul qadr berdasarkan hari bermulanya puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)
Jika Awal Ramadhon (1 Ramadhon) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadr dijangka  berlaku pada malam ke-29 Ramadhon;
[2] Isnin – Malam Lailatul Qadr dijangka  berlaku pada malam ke-21 Ramadhon;
[3] Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadr dijangka  berlaku pada malam ke-27 Ramadhon;
[4] Khamis – Malam Lailatul Qadr dijangka  berlaku pada malam ke-25 Ramadhon;
[5] Sabtu – Malam Lailatul Qadr dijangka berlaku pada malam ke-23 Ramadhon.

Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, 

...." barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isya' berjamaah sepanjang bulan Ramadhon, sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadr......" 

Ini bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadr. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhon kecuali dengan melakukan 'ibadah dan paling minimum solah berjama'ah pada waktu maghrib dan isya'. 

......" Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatul qadr?? Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni,....." seperti yang selalu dibaca selepas solah  teraweh.
Telah diriwayatkan dari 
 ‘Aisyah r.'anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadr iaitu aku mengetahui akan terjadinya ia padaku, apa yang mesti aku ucapkan??” Beliau menjawab,
“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” 
-Hadis Riwayah Tirmiziy- 

Malam Lailatul Qadr adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam hinggalah terbitnya fajar. Ini memberikan erti bahawa kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadr. Tentulah hampa dan menyelubungi kekesalan bagi mereka-mereka yang lalai serta leka dan tidak mengambil berat tentang  kedatanagannya malam Lailatul Qadr, namun ia tetap akan datang disetiap bulan Ramadho. Perumpamaan bagi mereka yang leka ini samalah seperti dia berselisih dengan kereta Yang Di-Pertuan Agong tapi dia tidak mengenali Yang Di-Pertuan Agong tersebut.........

Mudah-mudahan madrasah yang kita lalui kesan daripada  tarbiyyah ataupun  didikan ramadhon ini sedikit sebanyak dapat menjadikan  kita HAMBA yang hanya berTAQWA kepada ALLAH SWT bukan menjadikan kita HAMBA kepada HAMBA ALLAH!!

* wallahu wa RosuLuhu a'alam *

KERTAS KERJA PERTEMUAN KLIQ - 01

1.0 MUQADIMAH

Segala puji dan puja selayaknya dipanjatkan ke hadrat ilahi tuhan pencipta alam yang menjadikan manusia berbilang bangsa dan keturunan. Selawat beserta salam buat junjungan besar nabi Muhammad sallallahu alaihe wasallam yang menyatukan semua umat manusia di bawah payung Iman dan juga Islam. Kepada seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiein dan juga pejuang agama Allah di atas muka bumi ini.
Persaudaraan adalah sebuah hadiah dari Allah untuk semua umat manusia. Dan ia nya akan terlaksana dan menjadi manis apabila persaudaraan itu berputik atas rasa Iman, Islam dan Ehsan dari setiap individu keluarga.
Bermula dari asas itu maka Pertemuan KLIQ - 01 dianjurkan bagi memulakan langkah pertama dalam menyatukan ahli keluarga Nenda Tuan Haji Lebai Ismail Quran.
Kerja sama dari semua pihak amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini.
Moga usha yang kecil ini mendapat perhatian dan pertolongan dari Allah subhanahu wataala. Ameen ya rabbal a’lamin.


2.0 OBJEKTIF

Menyatu padukan ahi keluarga Tuan Haji Lebai Ismail Qari di bawah satu pertubuhan keluarga Keturunan Lebai Ismail Qari (KLIQ).
Sebagai langkah pertama melaksanakan program KLIQ.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli KLIQ.


3.0 TEMA

“KLIQ SEMPOI”

4.0 TARIKH

Hari : Khamis.
Tarikh : 18 November 2010m / 11 Zul Hijjah 1431h.
Tempat : Dataran Teratak Hajjah Rahmah.
86, Kg. Landak, Kupang, Baling, Kedah.


5.0 SASARAN

Semua ahli Keturunan Lebai Ismail Qari (KLIQ)
= (100 orang)

6.0 ANJURAN

A’ilah An Noury.


9.0 ATURCARA

TENTATIF PROGRAM

Khamis
18 November 2010m / 11 Zul Hijjah 1431h.


08.00 pg : - Kehadiran Ahli KLIQ.

08.30 pg : - Program bermula
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Ucapan aluan pengarah program
- Ucapan aluan Pengerusi A’ilah An-Noury.
- Ucapan Pengasas KLIQ
- Ucapan Pengerusi KLIQ
- Bacaan doa.

09.30 pg : - Program Bersama Cilik KLIQ.

11.30 ptg : -Rehat.

01.30 ptg - Solat zohor berjamaah.

02.00 ptg - Iftor Jamaei.

02.30 ptg : - Sembang Loghat Atok Kita.

04.45 ptg - Solat Asar berjamaah.

05.15 ptg - Minum petang.

06.00 ptg : - Bersurai


10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN

PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)
01 Kutipan dari ahli KLIQ 500.00
02 Tabung KLIQ
03 Sumbangan
JUMLAH 500.00



PERBELANJAAN

BIL PERKARA QTY HARGA (RM) JUMLAH (RM)
01 Makanan 100 org 4 seorg 400.00
02 Persiapan Tempat dan Program 50.00
03 Lain-lain hal 50.00
JUMLAH 500.00



11.0 PENUTUP

Semoga segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai matlamat serta objektif yang dicitakan demi untuk melihat Islam itu dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian setiap individu muslim, InsyaAllah. Manusia hanya mampu merancang dan berusaha serta bertawakkal, hanya Allah SWT yang menentukan segala-galanya.




Disediakan oleh :


……………………………………………..
(Norfillah Binti Mohd Nor)
Setiausaha,
Program Pertemuan KLIQ - 01,
Keturunan Lebai Ismail Qari KLIQ.





Disahkan oleh :


……………………………………………..
(Nor Ashan Bin Mohd Nor)
Pengarah,
Program Pertemuan KLIQ - 01,
Keturunan Lebai Ismail Qari KLIQ.

* sumber- http://keluarga-kliq.blogspot.com/2010/08/kertas-kerja-pertemuan-kliq-01.html

Selasa, 31 Ogos 2010

HaRi KeMeRdEkAaN_DeFiNisi jALur gEmiLanG




Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.


Sejarah Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Keterangan Lambang-Lambang

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:

   1. Johor
   2. Kedah
   3. Kelantan
   4. Melaka
   5. Negeri Sembilan
   6. Pahang
   7. Pulau Pinang
   8. Perak
   9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu
.

Maksud "Jalur Gemilang"

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.


Tempat

Jalur Gemilang dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut:

- Kediaman
- Kedutaan
- Bangunan (di luar, di dalam, di atas)
- Pejabat
- Kapal / Feri / Bot
- Kapal Terbang
- Kereta

Hari

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri.

Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.

Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:

* Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
* Hari Kebangsaan
* Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.


Masa

Tradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut:

1. Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan - Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan.
2. Sekolah-Sekolah - Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan lepas kelas terakhir tamat.
3. Kapal dan Feri - Dikibarkan sepanjang hari.


Susunan Keutamaan

Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut:

1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang
2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan)
3. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah diwujudkan)
4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan
6. Bendera Syarikat

Keutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut Susunan Keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri (Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).

Susunan sekarang* seperti di bawah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran dalam Susunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru.


Related Posts with Thumbnails