ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Ahad, 5 April 2009

MISTERI GAMBAR BERIMEJ ''HANTU''

Misteri gambar hantu

Kemunculan imej pelik pada hasil fotografi seperti bulatan kabur atau ektoplasma banyak menimbulkan tanda tanya. Semakin ramai percaya bahawa itu adalah jelmaan jin atau syaitan.




MUNGKIN bagi yang lemah semangat, sebarang foto yang memberi idea tentang kehadiran 'entiti' atau makhluk halus akan segera dikoyak, dibakar atau dibuang. Namun, bagi sesetengah yang lain, ia bukan lagi suatu perkara yang menimbulkan rasa panik atau takut.


BUKAN asap rokok atau muslihat cahaya. Pergerakan rawak atau ektoplasma seperti ini dikatakan mewakili sifat 'entiti' yang agresif.





Tidak cukup dengan menunjukkannya kepada orang lain, pengalaman menangkap gambar itu dipanjangkan kepada bentuk perbincangan, sama ada dari sudut rasional teknikal hinggalah kepada kesimpulan tentang alam mistik dan paranormal.

Fenomena rakaman imej yang luar biasa ini menjadi semakin popular. Malah, enjin carian Google di Internet juga memulangkan lebih 350,000 hasil apabila kata kunci 'tip merakamkan hantu dengan kamera' dimasukkan.

"Jika diizinkan Allah, sesiapa sahaja tidak mustahil untuk mendapat hasil rakaman foto sedemikian. Ia menjadi peringatan kepada manusia tentang kejadian alam ghaib itu," terang Engku Ansaruddin Agus dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien di Kuala Lumpur.

Menurut Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual itu, kelengkapan perkakasan kamera moden hari ini lebih-lebih lagi yang mempunyai daya prosesan megapiksel tinggi boleh 'menangkap' kehadiran makhluk jin atau syaitan. Kamera dengan upaya tujuh megapiksel atau yang lebih tinggi melebarkan kebarangkalian tersebut.

Dia yang mesra dengan panggilan Pak Engku sudi berkongsi dengan Jurnal koleksi gambar yang memaparkan imej seperti bebola cahaya kabur. Ada juga yang berbentuk ektoplasma iaitu siri pergerakan rawak cahaya. Kebanyakannya diambil pada waktu malam.

Pak Engku meyakini semua itu adalah jelmaan jin atau syaitan. Walau bagaimanapun, dia terbuka pada penilaian sesiapa yang mahu mengaitkannya dengan ralat teknikal, kekotoran pada lensa kamera atau kesan cahaya.

"Silalah menilainya sendiri. Saya amat yakin kerana dua sebab. Pertama, saya pernah mengambil peluang bertanyakan tentang gambar itu kepada seseorang yang sedang dirasuk 'entiti', dan dia mengatakan bahawa bebola cahaya itu adalah 'kawannya'.

"Kedua, saya sendiri pernah bereksperimen dengan mengambil gambar 'entiti' yang telah saya perangkap dalam botol, dan hasilnya tetap sama," terang Pak Engku.

'Entiti' juga boleh terakam dalam bentuk lain seperti segi tiga, pentagon, seperti bebola api ataupun yang berekor. Pak Engku menjelaskan bahawa jika imej itu diteliti secara fokus dalam pembesaran saiz yang berganda, tetap akan kelihatan formasi seperti gumpalan asap.


JELMAAN imej putih ini pernah dirujuk kepada Engku Ansaruddin bagi menjelaskan tentang kemungkinan kehadiran makhluk ghaib.


Berdasarkan pengalamannya, imej yang kabur berkemungkinan besar menunjukkan bahawa 'entiti' itu tidak kuat, agresif atau berbahaya. Imej rakaman yang berwarna merah, biru atau kuning pula menunjukkan perbezaan tenaga dan kekuatan 'entiti' tersebut.

"Jin atau syaitan ini jarang menunjukkan rupa sebenar, namun adakalanya ia 'lebih berani' dengan cuba menyerupai kejadian manusia. Maka, muncullah pelbagai istilah nama-nama hantu seperti yang kita maklum dalam masyarakat kita," katanya.


SEBUAH rumah banglo tinggal yang dikatakan berhantu di Shah Alam, Selangor merakamkan ratusan 'entiti' apabila gambar ini diambil.


Pak Engku menyimpulkan bahawa terdapat empat jenis manusia dan kemungkinan hinggakan ia dapat melihat jin dan syaitan, sama ada dengan upaya mata ataupun dengan bantuan peralatan seperti kamera.

"Pertama ialah orang yang memelihara atau bersekutu dengan jin. Lazimnya, ia merujuk kepada mereka yang mewarisi ilmu hitam atau syirik. Kedua, orang yang sakit akibat dirasuk 'entiti' iaitu jin tersebut berada di posisi mata pesakit tersebut.

"Ketiga ialah bayi manakala keempat ialah jin itu sendiri berminat untuk menunjukkan kejadiannya kepada orang yang mahu ia ganggu atau goda," katanya.

-KOSMO 09 R'AKHIR 1430h-

Ahad, 29 Mac 2009

PERKOSAAN SECARA VISUAL???????????

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Sabtu, 21 Mac 2009

UTUSAN 19MAC



GURU DIBERI KUASA RAMPAS TELEFON BIMBIT BAGI NURID YANG MEMBAWANYA KE SEKOLAH..
BAGAIMANA PULA KALAU GURU YANG BAWAK & MENGGUNANYA DALAM KELAS??????????

Isnin, 9 Mac 2009

SOLAWAT ATEH JUNJUNGAN BESO KITER

Saidatina Aisyah R.A pernah berkata" Rugilah umat nabi Muhammad S.A.W yang di akhirat kelak terpilih menjadi penghuni syurga Allah, tetapi tidak dapat melihat wajah Baginda yang penuh kemuliaan. Mereka yang rugi itu ialah orang yang kurang berselawat ke atas Baginda semasa hidup di dunia." Oleh itu wahai muslimin dan muslimat, perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi tadi. InsyaALLAH.

MAULIDUR ROSUUL SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Diriwayatkan bahawa -orang yang pertama membuat MAULIDUR ROSUL s.a.w adalah ABU LAHAB..beliau adalah orang yang paling mencintai akan kelahiran BAGINDA NABI..yang mana kalo mengikut tradisi orang2 arab jahiliyyah,mereka teramat sangat menggemari jika anak yang isteri mereka lahirkan adalah seorang kanak2 lelaki..WALAUPUN anak itu merupakan anak saudara..sehinggakan beliau menyembelih 100ekor unta pada saat kelahiran NABI..tapi malang sekali bahawa beliau dan ISTERInya merupakan PENENTANG KUAT kepada BAGINDA NABI ketika mana BAGINDA menyampaikan da'wah isLam..malah mereka berdua ini turut deTEMPELAK KERAS oleh ALLAH..hal ini turut diFIRMANkan olehNYA di dalam al-QURan daripada suroh AL MASAD:1-5..namun,TERAMAT sayang sekali kerana orang yang pertama nyambut maulidurRosul ini KAFIR orangnya..
-orang yang kedua adalah ABU SA'ID AL-KAUKABI..beliau merupakan seorang SULTAN pada zaman selepas kerajaan 'UTHMANIYYAH kalo tak silap ana..tujuan beliau mengadakan maulid adalah bagi menyatukan umat islam yang mana pada tika itu TERLAMPAU berseronok kearah DUNIA sehingga melupakan AKHIRAT!!diqesahkan bahawa beliau pernah mengupah seorang ulamak untuk mencatatkan cerita tentang BAGINDA NABI (KITAB BERZANJI) dengan upah 1000dinar(wang emas)..beliau juga membelanjakan 100ribu dinar setiap tahun bagi mara'ikan MAULID NABI..ia adalah untuk mengelakkan daripada ummah islam daripada TERLALU BERSERONOK sehingga melupakan AKHIRAT..


TUJUAN MAULID sebeginilah yang kita cari..jangan kita katakan bahawa MAULID itu bid'ah..sememang ia bid'ah,,TETAPI HARUS kita melihat kearah manakah bid'ahNya itu..jika sekadar berselawat,selepasnya TIDAK kita MEMPERAKTIKKAN SELAWAT kita tadi dalam kehidupan seharian,,inilah yang dikatakan BID'AH!!tapi bagi ana,,jika kita meng'amalkan sepertimana kewajipan besar berselawat itu dalam kehidupan seharian kita yang mana tanpa IA solah kita tidak sah,,maka ana beranggapan bahawa MAULID itu merupakan BID'AH HASANAH..والله سبحانه وتعالى أعلم
Related Posts with Thumbnails