DUDUK BANTAH - Solidariti Mahasiswa Salafi Medinah |
426 mengGANTIkan 428 di `Arab Sa`udi
Memandangkan Hari sabtu, 28 APRIL 2012 merupakan hari
pertama dalam minggu bagi kami yang berada di `Arab Sa`udi, maka kami yang
berada di Medinah dan beberapa orang sahabat di Riyadh, Makkah dan lainnya di
sekitar `Arab Sa`udi telah memutuskan untuk menyatakan solidariti kami sebagai
ra`yat Malaysia yang kini berada di luar Negara dengan mengadakan Perhimpunan
Bersih Global 3.0 di Dataran Perkarangan Masjid Nabi, Medinah pada kemarin 26 APRIL
2012 (KHAMIS) ..
Perhimpunan kami pada pagi itu dimulakan dengan
sedikit taujihat (pengisian rohani) yang disampaikan oleh Ketua Dewan `Ulama
PAS PAHANG, Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik di Dataran Masjid
Nabawi kira-kira jam 9.00 pagi, kemarin ..
Ketua Dewan `Ulama
PAS PAHANG, Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik di Dataran Masjid
Nabawi
|
Selesai mendengar taujihat dari Yang Berbahagia Al
Fadhil, kami menjamu selera makan pagi ‘roti canai’ dan ‘kuah dal’ di Dataran
Perkarangan Masjid ..
Makan pagi – roti canai ngan air kosong tajaan ra`yat |
Kemudiannya kami berarak berjalan perlahan menuju ke Kubah Hijau di bahagian hadapan Masjid tersebut dan mengambil gambar beramai-ramai di sana .. kira-kira hampir 30-40 orang menyertai himpunan global bersih 3.0 DUDUK BANTAH pada pagi itu yang turut dihadiri anak-anak Malaysia yang berada di Medinah yang terdiri dari pelajar-pelajar aliran salafi Universiti Islam Medinah, Pensyarah Universiti Toibah, Medinah, Prof. Dr. Nordin serta keluarga, Pekerja Malasysia Di salah sebuah Syarikat Telefon di Medinah, Hj. Khuzaini serta keluarga beliau, juga beberapa orang jema`ah `umroh yang datang dari Malaysia ..
Selesai bergambar, kami bersurai tanpa melaungkan
sebarang slogan seperti “demokrasi”, “keadilan”, “bangkit-bangkit”, “reformasi”,
dan sebagainya .. himpunan yang kami adakan pada pagi itu hanyalah sekadar
santai makan pagi, mendengar sedikit taujihat dari Ybhg. Al fadhil Ketua Dewan
Pemuda PAS PAHANg dan sessi bergambar .. Amatlah tak wajar bagi mereka yang melemparkan fitnah ke atas kami
dengan mengatakan kami mengotorkan dua tanah haram dengan mengadakan “demo”, “ikut
puak syi`ah berdemo”, “mendo`akan agar muka-muka kami ini dihitamkan oleh ALLAH”,
dan sebagainya .. ALLAHul Musta`an ..! Apapun, gua mendo`akan agar mereka yang mendo`akan kami itu
agar dia sajalah yang diputihkan ALLAH mukanya !
*nasib dia dah padam gambar dan fitnah tersebut sebelum gua sempat untuk mem'print screen'kannya .. :)
Kami anak Malaysia menuntut 8 tuntutan bersih 3.0 duduk bantah, antaranya :
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKuHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RisywAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Kami anak Malaysia menuntut 8 tuntutan bersih 3.0 duduk bantah |
Kami anak Malaysia menuntut 8 tuntutan bersih 3.0 duduk bantah, antaranya :
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKuHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RisywAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
muka bersalah - kami ditangkap menaiki black maria untuk disoal siasat .. |
tiba di tempat tahanan sementara ? |
kami dijamu `asir manju bil halib asli (jus Mangga susu Asli) - duit sendiri la bro ! |
alhamdulillah ! muka berseri .. "TAK HITAM!"
(terpaksa ditutup muka kami yg berseri & alhamdulillah TAK HITAM itu kerana ada provok juga dalam alam maya ini untuk menjatuhkan imej kami .. al maklum, anak didik umngok sememangnya begitu ..)
(terpaksa ditutup muka kami yg berseri & alhamdulillah TAK HITAM itu kerana ada provok juga dalam alam maya ini untuk menjatuhkan imej kami .. al maklum, anak didik umngok sememangnya begitu ..)
dan diberi makan tengahari - nasik minyak `arab - kambing & Ayam .. nyum333 ! |
duit sendiri lagi la bro makan tengahari ni ! duit ra`yat jugak ..
Alhamdulillah ! sodap makan bersama .. ukhuwwah ! |
selesai makan, dibebaskan pulang ! :) |
tahan kereta untuk pulang ke rumah masing² .. duit ra`yat juga .. tiada upah .. :p
harap maaf ! kepada tetamu blogger .. disebabkan kami yang berada di
mEdinah mendapat ugutan dari bloger² cyber tooper umngok, maka saya terpaksa
untuk menutup gambar wajah² perserta perhimpunan bagi mengelakkan kemudharatan
yg lebih besar .. (kerana itulah kami sangat² menuntut 8 tuntutan bersih ini antaranya :
5.
AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL )sekian ..
الفقير إلى الله :
فائز رمزي
فائز رمزي